Resepi agar-agar mudah, pelbagai cara.

Assalamualaikum ... Hey, awak-awak sekalian. Kali ni saya dengan baik hatinya nak share resepi. Walaupun resepi ni dah ramai orang share, aahhh tak kira! Nak jugaaak ! Resepi apa? Haha. Simple je ni. Resepi agar-agar. Dari basic method ni, boleh ubah-ubah jadi macam-macam. So, lets begin :) Bahan-bahan (Bahagian A) 1 bungkus agar-agar tali (nak pakai yang serbuk pun boleh) 1.5 litre air Gula Pewarna Cara-cara Masukkan agar-agar bersama 1.5 litre air dan masak. Masukkan gula *secukup rasa*. Masak sehingga larut. Masukkan pewarna. Kalau nak buat dua atau lebih warna, bahagi kepada beberapa bahagian masakan tadi, baru tambah pewarna. *setelah api ditutup* Masukkan dalam acuan. Sejukkan dan bekukan. Siaaapp ! Haa. Simple jer. Nak lagi resepi berasaskan agar-agar? Agar-agar roti Bahan-bahan (Bahagian B) 2 cawan susu cair ...