PLKN - Flying Fox

Assalamualaikum ...

Aktiviti ni lah yang aku nak buat sangat.
Tak pernah kot naik flying fox.
Dah pakai segala benda alah untuk ber-flying fox tu, terus naik atas.
Dalam perjalan tu, aku tengok bawah.
Oh mak ai, gayat kot. Terus aku pandang atas.
Tak sangka aku ni ada jugak penyakit gayat.
Dah sampai atas, kena tunggu giliran.
Sebelum tu, cikgu ada sangkut apa entah dekat salah satu besi yang aku pakai tadi.
Nak betul-betulkan lagi. Dah la cikgu lelaki.
Yang tak boleh belah, cikgu pulak yang mintak izin dengan aku,
"Kejap ye, Cikgu nak betulkan"
Dah sampai giliran aku, cikgu yang ditugaskan untuk lepaskan budak tu cabut tali tu, terus ketuk kepala aku.
nasib baik aku pakai helmet ala-ala kura-kura tu.
Sementara tengah setup, aku tanya cikgu ...

Aku : Cikgu, tak putus kan?
Cikgu : Tak lah, anak gajah pun boleh lepas..

Ngahaha, sampai hati. Tahulah aku besar.
Then, cikgu suruh lapor.

Cikgu : Haa!! Lapor (menengking)
Aku : Assalamualaikum Tuan! Saya, Wirawati Amirah Shakinah Binti Sabarudin, dari Kompeni Bravo, minta kebenaran untuk turun, Tuan!!

Teringat kawan aku cerita, time dia nak melapor dia kata :

Assalamualaikum Tuan!
Saya, Wirawati Nur Shafira Binti Sulaiman,
dari Kompeni Delta
MINTA TUAN UNTUK TURUN !!

Ngahaha, gugup punya pasal, dia pulak yang suruh Tuan turun.
Padahal, Tuan tu memang kat bawah pun.
Tunggu dalam 10 second, cikgu tolak!!
Menjerit aku kat situ, berpusing-pusing.
Best siot !!
Tapi yang sadisnya, belum sampai hujung dah berhenti.
Dahla orang yang sambut tu kepeng-kepeng.
Nasib baik lelaki ...
The best moment ever with flying fox and my two favorite teacher.
Cikgu Sharimie and Cikgu Najib :)

 inilah helmet ala kura-kura ;p

 ni dia Cikgu Sharimie yang suka menengking
*rindu nak dengar dia menengking*


 hilangkan nerves lah tu. belakang tu la cikgu Najib.

 yang depan ni sempat senyum, yang belakang tu dah kenapa?



 belum apa-apa dah kena pumping ..

 yeeeehaaaa !!! I'm free ...



daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments