PLKN - Khidmat Komuniti (PDK Bukit Canggang)
Assalamualaikum ...
Kali ni, aku nak cerita pasal khidmat komuniti.
Ada 4 tempat untuk kitorang lawati.
Antaranya, PDK Bukit Canggang, Rumah Orang Asli, Rumah Orang Tua-tua dengan Rumah Anak Yatim.
Aku terpilih untuk pergi ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bukit Canggang.
Tempat ni, untuk orang yang kurang upaya.
Bukan cacat tau, ini lebih kepada orang yang sindrom down dengan yang ada masalah mental.
Kanak-kanak oke. Cuma ada lah sorang pakcik kat situ. Pakcik Azman kitorang panggil.
Tempat yang aku dapat ni, paling dekat dengan kem.
Driver bas suruh kitorang jalan kaki jer.
Mula-mula kitorang tak percaya, sebab dia bawak kitorang jalan punya lah jauh.
Rupanya nak isi minyak.
Then patah balik. Ngahaha!!
15 minit jer perjalanan dari kem nak ke PDK tu.
Mula-mula sampai, rasa takut gila nak masuk.
Almaklumlah, budak yang terlebih agresif kan..
Mana taknya, sampai-sampai jer ada sorang budak namanya Wawa dah melompat-lompat.
Dahsyat! Aku pulak fikir, "perghh nak kena layan budak macam ni, memang tak lah"
Bila dah masuk, baru aku tahu, tak semuanya macam tu.
Just ada 2-3 orang jer yang agresif, yang lain oke jer.
Kitorang dibahagi tugas.
Ada yang lap tingkap, bersihkan tanah merah, tanam pokok, sapu sayang, dengan mewarna.
Aku dapat mewarna. Yeayy !!
Ingatkan kitorang yang kena mewarna, rupanya nak kena ajar budak-budak tu mewarna.
Erghh, sabar je lah.
Yang best nya, kitorang tak terlepas dengan aksi yang agak tak sopan.
Time kitorang tengah ajar budak-budak mewarna, tiba-tiba aku rasa macam ada air tepercik kat kitorang.
Ingatkan siling bocor ker, rupanya ada budak meludah ..
Makk !!! Adoi..
Then, ada sorang member aku ni kena tampar dengan budak yang meludah tu.
Yang aku pulak kena tarik tudung dengan si Wawa tu.
Sabar je lah aku time tu.
Sebab cikgu diaorang pun ada pesan, kalau budak-budak tu buat macam tu, jangan di marah.
Nanti, satu tempat tu dia kerja kan.
Oke lah, kitorang pun faham.
Memang kena banyak bersabar kot!!
Dah habis buat tugasan, kitorang dijamu dengan mee gorang. Yummy!!
And air sirap limau ais. Perghh!! Terbaik. Dekat kem tak dapat air ais nih.
Lepas makan, kitorang ada majlis penutup kecil-kecilan.
And, diaorang pun buat persembahan.
Nyanyi lagu Jeffrydin kot. Pak cik Azman lah yang nyanyi tu.
Bila time untuk kita buat persembahan, budak lelaki decide nak nyanyi lagu Kau Ilhamku by Man Bai.
Nasib baik bawak gitar. Memang cikgu yang suruh pun.
Kitorang tak practice apa pun. Spontan jer.
Time nak balik, ada lah bergambar ramai-ramai.
Dalam bas pun kitorang bantai lagi menyanyi.
Siap suruh driver bas tutup radio.
Dah sampai pun, kitornag nyanyi lagi. Padahal orang lain dah tunggu dekat Dewan Taklimat.
Geng PDK Bukit Canggang memang terbaik!!
Lagi-lagi ada budak Sabah & Sarawak :)
tu dia Pak Cik Azman, yang bertongkat.
Dia sebenarnya tak buta, cuma pemandangan dia tak jelas.
Kalau nak tengok benda pun, kena betul-betul depan mata.
inilah Wawa ..
peace :)
daa readers
miyra :) smile alwayz !!
Comments