Renew lesen P ke lesen penuh.
Assalamualaikum...
Hai korang.
Harini ahkak buat urusan penting sepenting urusan sri paduka baginda.
Saya renew lesen P dengan tukar ic dalam hari yang sama.
Now, saya nak cerita pasal renew lesen P dahulu.
Saya notice lama dah lesen P saya dah nak expired.
Saya sangka lesen saya expired 5 Jun 2015.
Rupanya, 4 Jun 2015.
Nasib baik laa saya tergerak hati nak renew lesen awal.
Senang je nak renew lesen ni.
Plus minus dalam 1 jam dah boleh settle semua.
Termasuklah dengan dapat card lesen tu sekali.
Lesen P nak ke lesen full HARUSLAH DI BUAT DI JPJ yang berdekatan.
Dokumen yang perlu ada adalah :
1. Lesen P
2. Kad Pengenalan
3. Gambar
Nak cerita pasal gambar ni.
Kalau awak nak guna gambar ic, so, gambar passport tak payah laa bawak.
In case nak guna gambar passport, please sediakan dahulu gambar passport tu sebelum korang kena ambil no giliran 2 kali.
Bila no giliran dah di panggil, serahkan kad pengenalan dengan lesen. Bagi tahu siap-siap nak guna gambar mana.
Kalau awak tak tanya, dia proceed guna gambar ic.
Kalau gambar ic tu gambar darjah 6, masak lah korang.
Oke, tentang bayaran.
Renew setahun = RM30
Pelarasan untuk ke tarikh lahir = RM15
Faham tak macam mana?
Oke, saya beri contoh.
Lesen saya expired 4 Jun 2015.
Bila saya renew setahun, akan jadi 5 Jun 2016.
Tapi, sekarang ni pelarasan tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
So, expired date baru saya jatuh pada 27 Februari 2017.
So, saya dapat renew 1 tahun ++ bulan ++ hari.
Haa giteewww.
Maksimum nak renew lesen adalah 5 tahun. Minimum 1 tahun.
Waktu operasi JPJ adalah (SM):
Isnin - Khamis
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 1:00 petang - 2:00 petang
Jumaat
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 12:15 petang - 2:45 petang
Oke, cerita pasal tempoh masa expired pulak.
Kalau korang nak renew awal, boleh.
Maku sure tarikh korang pergi JPJ tu 6 hari dan kebawah sebelum expired.
6 hari ke atas, tidak di galakkan.
Oke lah. Siapa teringin nak baca entry ahkak buat ic yang ngeri, sila lah click link di bawah.
Tukar Kad Pengenalan Baru
Tukar Kad Pengenalan Baru
*SakitPulakHati*
Oke, daaaa :)
Comments
Faizal Ahmad : Sekiranya lesen anda lesen P, wajib buat di JPJ. Pastu nanti dah boleh renew dekat pejabat pos lepas expired nanti.
saya sekarang ada lesen P B2 expired 09mac2017, bilakah masa yang paling elok untuk renew ke lesen full dan apa barang2 yg perlu dibawa semasa renew?
yg "pilih gambar ic vs gambar passport" tu ape eh?
terima kasih
Vann Mizan : Boleh tukar seawal 6 hari sebelum tarikh expired, sewakt tarikh expired, atau selepas tarikh expired (dalam 2 atau 3 hari sahaja). Bawa IC dan lesen P sahaja. Yang gambar tu, kalau rasa nak pakai gambar baru, boleh bawa gambar passport sendiri. Kalau nak pakai gambar IC, just bagi IC sahaja.
Anonymous : Boleh. rasanya tak kena denda. Melainkan kalaud ah berblan-bulan atau bertahun-tahun.
Zulhelmie Fidaus : Kena cap jari. Kalau takut rosak, tukar ic dulu.
Linda Raam :Lama sangat dah tu. Rasanya kena buat surat rayuan kepada pengarah jpj. Rujuk semula yaa. Saya tak berapa pasti.
Haha. Harap ia membantu :)
Anonymous : Rasanya boleh kot. Tapi apa salahnya kalau pergi sendiri. Ambil feel :)
Anonymous : Hey, nice info, awak. Thank you sebab berkongsi. :) Takpe. Nanti tukar laa ic baru. Next time nak renew lesen boleh guna gambar baru. Yayyy.
Nak tanya, Lesen P & IC tu kena fotostat dulu ke?
http://DrHealthterapimesin.blogspot.com : Saya pun tak pasti. Mungkin bayaran untuk renew tu lebih sikit kot.
Anonymous: Rasanya masih valid.Jangan lebih setahun kot.
Fatin Syamimi :RM45. Boleh wakilkan rasanya.
Unknown : Tak boleh. Kalau nak renew lesen full je bar boleh.
FatimahAlzahra Ayoep : Lama sangat tu dik. Akak tak pasti.
Patrick Zul : Kalau bayar dalam masa 1-14 hari, tak kena demerit lagi.
Anonymous : Takde kot. Melainkan dah bertahun tahun tak tukar.
Lesen P hilang. Hilang dalam masa tempoh lesen tu tak tamat lagi. Tapi tak buat aduan lesen P hilang.
Bulan 6 tahun lepas dah tamat tempoh lesen P. Takpegi renew sebab lesen P hilang.
Kira dari bulan 6 tahun lepas sampai tahun ni. Dah almost 1 tahun lebih.
Agak agak kena buat apa eh? Kena buat lesen baru ke? ðŸ˜
comelbushuk : Wasalam. Boleh. Asalkan JPJ. Bukannya agent macam pos malaysia.
tarikh mati 24/9/2016...contoh mcm esok saya p byr??...masih lg ada 13hari
Unknown : Wasalam. PDL untuk tempoh 2 tahu sahaja. Kalau renew pel, secaral automatic jadi CDL
pastu saya nak tanya macam awk ckp pelarasan tempoh perbaharu lesen ikut tarikh lahir kan, kalau la trikh lahir kite xckup lagi untuk tahun nie, still kena charge jgk k..
Tarikh lahir : 30 Disember 1994
Tarikh expired lesen P : 3 September 2016
renew setahun : Tamat tempoh sepatutnya = 2 September 2017
Pelarasan tarikh lahir : Tarikh baru : 30 Disember 2017
Yes. Still kena bayar.
kena buat latihan semula ke?😵
Nor Anisah Hassan : Wsalam. Maaf. Saya tak pasti. Kalau boleh, renew laa awal. Kejap je process dia.
wong gigig : Boleh rasanya. tak pasti ada denda atau tak. ataupun, boleh renew awal. tapi valid dari 6 hari sebelum expired je.
LESEN P TEMPOH MASA RENEW 1TAHUN SHJ. KALAU ATAS 1TAHUN SAMPAI 2TAHUN LEBIH MATI, BOLEH BUAT RAYUAN :-
1- MENUNTUT DI LUAR NEGARA
( BELAJAR , KERJA DLL ) WAJIB KEMUKAKAN BUKTI MCM SIJIL KOLEJ / TICKET FLIGHT..
2-MASALAH PERIBADI
(PANDAI PANDAI LHH BAGI ALASAN MUNASABAH YE... JGN CKP SBB KUCING BERANAK PLAK... BUAT JE AYAT YG MASUK AKAL. KELENTONG2 PON TAKPE. NNTI DEPAN ORG JPJ TU, CRITA LHH MCM REAL SIKIT. BUAT MUKA KESIAN.
3-SAKIT/UZUR
( SAMA JUGAK JPJ NAK BUKTI YE ) .. JANGAN SURAT DEMAM AND CIRIT BIRIT PULAK KORANG BAGI..
4-DIPENJARAKAN
(WAJIB BAGI MASA/LOKASI/SEBAB DIPENJARAKAN )
SELAIN ALASAN DEKAT ATAS, TAK DITERIMA...
KALAU TAMAT TEMPOH 3TAHUN KE ATAS (TIDAK BOLEH BUAT RAYUAN) AUTOMATIC BATAL. KALAU BATAL, KENA BUAT BALIK LESEN L. HUHUHU.
CRITA PASAL LESEN CDL PLAK YE.. .
BATAL 3TAHUN KE ATAS WAJIB ULANG BALIK YE PROSES LESEN L..
RAYUAN MATI LESEN CDL HANYA 2 ALASAN DITERIMA :-
1-diluar negara
(Belajar , kerja) wajib ada bukti
2-dipenjarakan
(Wajib nyatakan lokasi penjara/tempoh masa/sbb dipenjaran)
Lesen P motor ke CDL RM20(1TAHUN)+RM10(MATI IKUT TARIKH LAHIR KITA) kelebihan senang nak ingat. Tu jeee !! KALAU TAKNAK PON TAKPE..
LESEN P KERETA-CDL /LESEN MOTOR+LESEN KRETA-CDL KADAR BAYARAN TAK PASTI...
GAMBAR UKURAN PASSPORT 1KEPING(BELAKANG WARNA PUTIH)
KALAU WAKILKAN, WAJIB BAGI LESEN P original KITA YEEE....
Kalau nak guna gambar ic sndri pon boleh jugak. Tapi tidak digalakkan. Sbb ic kan nyawa kita.
Anonymous : Boleh.
Anonymous : Wsalam Tak silap saya ikut tarikh lahir.
Unknown : Kalau saman tu saman blacklist, tak boleh renew. Kena settlekan saman tu dulu.
Unknown : Boleh guna gambar background biru. Takde masalah.
Qis. tina : Tak boleh. Kena owner yang renew sendiri.