Monday, June 9, 2014

Cara nak memohon PTPTN

Assalamualaikum ..

Hai adik-adik.
So, sekarang ni tengah musim bebudak sem satu nak apply PTPTN.
Ke cane?
Ehh, betullah.

Bukan sem satu je, sem dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh and bla bla bla.

Takpe. Takpe. Saya cuba untuk membantu sedaya saya.
Oke? Sep sikit.

1. Bukak Akaun SSPN
(Dekat mana? Refer IPT korang)

2. Beli no pin PTPTN
(Macam mana? Refer sini)

Bermulah fasa yang agak leceh sikit.
Sebab kalau salah isi, kena beli no pin baru.
TAKE NOTE BAHAGIAN SINI EHH !

Bagi yang pertama kali nak apply, adik-adik kena daftar sebagai pengguna kali pertama.
Macam mana? Bukak laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/
Pastu akan nampak display cenggini.


Click dekat icon yang saya dah borderkan dengan warna hitam tu.
Lepas tu, akan keluar pulak note seperti dibawah :


 Oke, make sure dah ada akaun SSPN okay.
Lepas tu boleh laa apply untuk PENDAFTARAN KALI PERTAMA bagi yang belum pernah memohon PTPTN. Bagi yang dah pernah memohon, boleh log in je terus menggunakan no ic dan kata laluan yang anda isi.


Segala maklumat yang kena isi ada dalam slip semasa korang beli no pin PTPTN dekat BSN tu.
Tarikh, no pin, masa semua ada.
Pastu, akan keluar pulak display macam kat bawah ni :


 Dekat bawah sekali, ada perkataan "Simpan" . Dah habis isi, tekan SIMPAN.
Pahtu, boleh laa deme isi permohonan tu.

Oke, just nak remainder je.
Kalau masa isi, ada benda yang kita tak tahu contoh macam gaji parent, no ic parent, masa isi tu click je SIMPAN. Nanti boleh edit.

And !
Ni part yang paling penting.
Kalau click SIMPAN je, tak hantar lagi permohonan tu.
Lepas habis isi and dah jenuh dok tekan "Simpan dan Seterusnya" tu, akan keluar display macam kat bawah. Ni kira final process lah.


First thing yang kena buat adalah CHECK BALIK SEGALA MAKLUMAT ATAU BUTIRAN ITU DENGAN  BETUL DAN BENAR !

Bila dah yakin, nampak tak ada button "YA" dan "TIDAK"?

Kalau rasa puas hati dan yakin, click "YA".
Kalau tak yakin and rasa nak edit lagi. click "TIDAK".

Bila dah sekali tekan "YA", dah tak boleh edit dah tau.
Be careful people !

Lepas tu, boleh laa print borang permohonan tu.

Anything can ask me at my ask.fm/miyraadrenalin

Good luck :)



Updated 27 August 2016

Hai adik-adik sekalian.
Oke, akak nak bagitahu kepada semuuuuaaaaaa yang bakal apply PTPTN.
PLEASE CHECK BALIK SEGALA MAKLMAT YANG DAH DIISI.
Kalau ada maklumat yang tak pasti, jangan tekan YA dahulu.
Boleh tinggalkan. Dapatkan confirmation, and isi semula.

Jangan bazir duit please.
Rata-rata comment yang akak dapat semua kata tersalah isi laa, tetinggal isi laa.
Jangan membazir duit untuk beli no pin kali ke2.

Cara Beli no pin PTPTN

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Adik-adik, akak-akak, abang-abang masih confuse macam mana nak beli no pin PTPTN?
Meh saya bantu.

Setahu saya, ada dua cara.

PERTAMA : Beli melalui kaunter.

1. Tanya dekat pegawai yang jaga kaunter customer service tu kata :
"Abang, saya nak beli no pin PTPTN"
2. Isi borang yang diberi dan amik no giliran atau terus pergi kaunter khas.
3. Bagi borang tu dekat kaunter dan bayar. RM 5

Murah je. Tapi dapat pinjam RM 15000 ++
Nak bayar balik? Sendiri mau ingat lah.

KEDUA : Beli melalui mesin ATM
(make sure mesin ATM BSN SAHAJA)

1. Bila dah masukkan kad, no pin, bagai semua tu, pilih menu LAIN-LAIN
2. Pilih menu Beli no pin UPU/PTPTN
3. Pilih PTPTN
4. Masukkan no ic
5. Nanti ada keluar no ic dengan jumlah yang perlu dibayar. Pilih TERUSKAN
6. Tunggu resit keluar, dan akan dapat cenggini


7. Pastu boleh laa apply online PTPTN. Opss, make sure dah bukak akaun SSPN kay

SIAP :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...