Posts

Showing posts with the label resepi

Resepi Kuih Keria Antarabangsa (Sira Gula Melaka)

Image
Assalamualaikum and hi readers. Hoolllaaa :) Hari ni saya nak share satu resepi yang tengah viral sekarang. Sebenranya resepi lama je ni. Cuma di ubah suai sikit je. RESEPI KUIH KERIA ANTARABANGSA MELAKA Atau dikenali sebagai KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA Lepas ni dah tak payah nak ke Melaka semata-mata nak beratur sampai 3 jam untuk kuih ni. Boleh buat sendiri dah. Heeeee :) So, lets begin. Bahan - bahan yang diperlukan : (Anggaran 30 biji) 2 atau 3 biji ubi keledek sederhana besar (Saya pakai ubi keledek oren) Tepung gandum 1/2 Sudu teh Garam 1 / 2 Gula Melaka 2 Sudu makan gula pasir 5 Sudu makan air Minyak masak Langkah - langkah : 1. Buang kulit ubi keledek dan potong kepada bahagian-bahagian kecil 2. Rebus sampai empuk atau lembik. 3. Toskan dan tumbukkan atau lenyekkan (Ketika masih panas) 4. Masukkan garam 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sampai dough tu tak melekat dekat tangan. 6. Bentuk...

Resepi Cheesekut & Pizza Senang, Mudah

Image
Assalamualaikum .. Hai hai hai. Kita update blog lagi. Yeayy. Sebab apa? Sebab kita ada resepi baru. Baru untuk saya, bukan untuk tuan-tuan & puan-puan. Haks haks haks. Left : Milo Cheesekut. Right : Pizza Malas Kenapa malas? Jangan khuatir. Sebab saya tak reti nak buat dough pizza tu. Malas fikir, terus terlintas nak pakai roti. Oke, jom start. RESEPI CHEESEKUT 250 gram Cheese Cream Susu cair Susu pekat  Biskut Deluxe Creaker (Hup Seng) CARA-CARA 250 gram Cheese Cream 6 sudu susu cair 4 sudu susu pekat (ikut kemanisan masing-masing) *Semua bahan ni di-blender. Boleh pakai mixer* Celupkan biskut dalam lebihan susu. Susun dalam loyang. Lapiskan dengan acuan yang dah di-blender. Ulang langkah celup, lapis sampai habis. Lagi tinggi buskut, lagi bagus. RESEPI PIZZA MELAYU Sosej Cili benggala (tak nak guna pun, tak pe) Cheese untuk Pizza Toping (Cari je yang ready made. Sebab tak sure depa pakai cheese apa...

Resepi Bubur Nasi Mudah

Image
Assalamualaikum .. Hey hey hey :) Mood masak kembali lagi. Hari ni nak masak simple jer. Bubur Nasi Sedap dimakan bersama sup, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan kicap ! Perfect combination. So, lets begin ... Bahan-bahan Bubur : Beras 1/2 pot (dibasuh) 1/2 ulas bawang putih (hiris) 1 ulas bawang kecil (hiris) 1 inci halia (hiris) Garam Air secukupnya Cara-cara : Masukkan semua bahan tu kedalam periuk dan masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Gunakan api perlahan-kecil. Sentiasa kacau sehingga bubur lembik. Kalau suka lembik, banyakkan air. Bahan-bahan Sup (Sayur-Nak pakai ayam pun boleh) 2 ular bawang putih (tumbuk) Ikan bilis sejemput (tumbuk) Sedikit serbuk lada hitam Sedikit perencah sup (optional) Sayur (semua jenis sayur yang sesuai) Air secukupnya Garam, gula, ajinomoto (jika suka) Cara-cara : Tumis bawang putih dengan ikan bilis dengan sedikit minyak. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau. Masukkan...

Agar-agar Oreo Berlapis Milo

Image
Assalamualaikum, guys. Heyy. What's up? Teediaa. Ayat. Oke, abaikan. Kalini, saya nak share pulak resepi agar-agar yang seterusnya. Hari tu dah share. Tapi, jenis lain. nak tengok? Click sini . *Maap le atas penggunaan bahasa diri "aku"* Oke. Lets begin. AGAR-AGAR OREO BERLAPIS MILO Bahan-bahan : 1 bungkus agar-agar tali / serbuk agar-agar (Clear Colour) Air (Biasanya saya letak 1 botol mineral besar + separuh lagi botol mineral besar) 160 gram gula pasir (Atau ikut citarasa sendiri) 1 tin susu cair 3/4 serbuk Milo 1 bungkus Oreo yang panjang (Patah-patahkan. Kalau tak suka krim, amik biskut jer.) Cara-cara : Masakkan agar-gara tali / serbuk agar-agar bersama air mengikut sukatan. Kemudian, masukkan gula ikut citarasa kemanisan masing-masing. Jangan manis sangat. Jangan tak manis sangat. *err?* Bila agar-agar dah agak larut, masukkan susu cair. Masak sehingga agar-agar larut. Kecilkan api (paling kecil). Asingkan 2 cawan ...

Resepi agar-agar mudah, pelbagai cara.

Image
Assalamualaikum ... Hey, awak-awak sekalian. Kali ni saya dengan baik hatinya nak share resepi. Walaupun resepi ni dah ramai orang share, aahhh tak kira! Nak jugaaak ! Resepi apa? Haha. Simple je ni. Resepi agar-agar. Dari basic method ni, boleh ubah-ubah jadi macam-macam. So, lets begin :)           Bahan-bahan (Bahagian A) 1 bungkus agar-agar tali (nak pakai yang serbuk pun boleh) 1.5 litre air Gula Pewarna           Cara-cara Masukkan agar-agar bersama 1.5 litre air dan masak. Masukkan gula *secukup rasa*. Masak sehingga larut. Masukkan pewarna. Kalau nak buat dua atau lebih warna, bahagi kepada beberapa bahagian masakan tadi, baru tambah pewarna. *setelah api ditutup* Masukkan dalam acuan. Sejukkan dan bekukan. Siaaapp ! Haa. Simple jer. Nak lagi resepi berasaskan agar-agar? Agar-agar roti           Bahan-bahan (Bahagian B) 2 cawan susu cair ...