Posts

Showing posts with the label universiti

Cara Beli no pin PTPTN

Image
Assalamualaikum, salam sejahtera. Adik-adik, akak-akak, abang-abang masih confuse macam mana nak beli no pin PTPTN? Meh saya bantu. Setahu saya, ada dua cara. PERTAMA : Beli melalui kaunter. 1. Tanya dekat pegawai yang jaga kaunter customer service tu kata : "Abang, saya nak beli no pin PTPTN" 2. Isi borang yang diberi dan amik no giliran atau terus pergi kaunter khas. 3. Bagi borang tu dekat kaunter dan bayar. RM 5 Murah je. Tapi dapat pinjam RM 15000 ++ Nak bayar balik? Sendiri mau ingat lah. KEDUA : Beli melalui mesin ATM (make sure mesin ATM BSN SAHAJA) 1. Bila dah masukkan kad, no pin, bagai semua tu, pilih menu LAIN-LAIN 2. Pilih menu Beli no pin UPU/PTPTN 3. Pilih PTPTN 4. Masukkan no ic 5. Nanti ada keluar no ic dengan jumlah yang perlu dibayar. Pilih TERUSKAN 6. Tunggu resit keluar, dan akan dapat cenggini 7. Pastu boleh laa apply online PTPTN. Opss, make sure dah bukak akaun SSPN kay SIAP :)