Wednesday, June 3, 2015

Tukar kad pengenalan baru

Assalamualaikum...

Saya nak cerita tentang tukar kad pengenalan pulak ni. 
Siapa nak baca entry saya pasal RENEW LESEN P , click link tu :)

Kad pengenalan dah baru kan sekarang?
So, saya nak tukar lah sebab gambar ic adalah gambar masa darjah 6.
Sekarang saya umur 21 tahun

Oke, untuk umur yang sepatutnya korang kena tukar kad pengenalan, cer tengok list bawah?

12 tahun (Kad pertama)
18 tahun (Kad kedua)
* Kalau korang renew kad antara 18 tahun hingga 25 tahun,
korang tak kena denda.
Lebih 25 tahun, baru kena denda.

*sumber google*

Korang ada tak macam dalam list kompoun tu?
Haaa, cepat-cepatlah tukar.
Untuk adik-adik bawah 18 tahun, kalau ada niat nak tukar ic baru sebab cantik,
simpan dulu niat tu.
Sebab nanti 18 tahun korang kena tukar jugak.
Walaupun sebelum ni adik-adik dah pernah tukar.
*kecuali ic masa darjah 6*

Oke, macam biasalah.
Ambil no giliran dan tunggu no giliran di panggil.
Pastu, serah ic and bla-bla-bla
Korang jawab je apa yang dia tanya.

Sekarang ni, process ambil gambar ic terus buat dekat kaunter tu jugak.
So tak payah laa nak tunggu no giliran di panggil untuk masuk bilik khas.
Habis je tangkap gambar, korang akan di beri resit.
Oh. Jangan lupa bawa RM 10.
Kad pengenalan korang, depa pegang.

Oke, ni akak nak cerita.
Toksah percaya kalau akak kaunter tu kata ...
"Tengah hari nanti boleh datang balik tengok ic dah siap ke belum"

SILA DATANG PUKUL 4 keatas.
Kalau nak lagi yakin, datang esoknya pun takpe.

Kalau akak / abang kaunter tu kata
"Oke, boleh balik dulu"
Kau balik je dik. Jangan risau. Kad pengenalan korang tak kemana.
As long as korang simpan resit tu.

Ikutlaa cakap akak ni dik sebelum korang kena "di tinggikan" suara sampai satu hall tu dengar.

Kalau ye pun, tak yah laa sampai meninggikan suara.
Saya ni buat ic bukan lah tiap-tiap hari.
Saya tak tahu pun process korang buat semua ic tu.
Cakap elok-elok sudah.

So, resit yang korang dapat tu simpan elok-elok.
Jangan terbuang atau hilang.
Sebab dekat korang dah takde ic dah.
Nanti datang balik, ambil semua no giliran.
Cakap je nak ambil ic.
Nanti dia minta resit dan kepilkan dengan no giliran.
Pastu, ikut je procedure seterusnya dari depan.

LOKASI : JPN Plaza Masalam.
WAKTU OPERASI : 7:30 pagi - 5:00 petang

Oke, have fun :)

#AkakSedeyh

p/s : Tadi akak terbelahak dekat depan lisf. Lift tu pulak berhadapan dengan abang yang dekat kaunter no giliran. Kuat nooorr !!!

Renew lesen P ke lesen penuh.

Assalamualaikum...

Hai korang.
Harini ahkak buat urusan penting sepenting urusan sri paduka baginda.
Saya renew lesen P dengan tukar ic dalam hari yang sama.
Now, saya nak cerita pasal renew lesen P dahulu.


Saya notice lama dah lesen P saya dah nak expired.
Saya sangka lesen saya expired 5 Jun 2015.
Rupanya, 4 Jun 2015.
Nasib baik laa saya tergerak hati nak renew lesen awal.
Senang je nak renew lesen ni.
Plus minus dalam 1 jam dah boleh settle semua.
Termasuklah dengan dapat card lesen tu sekali.

Lesen P nak ke lesen full HARUSLAH DI BUAT DI JPJ yang berdekatan.

Dokumen yang perlu ada adalah :
1. Lesen P
2. Kad Pengenalan
3. Gambar

Nak cerita pasal gambar ni.
Kalau awak nak guna gambar ic, so, gambar passport tak payah laa bawak.
In case nak guna gambar passport, please sediakan dahulu gambar passport tu sebelum korang kena ambil no giliran 2 kali.

Bila no giliran dah di panggil, serahkan kad pengenalan dengan lesen. Bagi tahu siap-siap nak guna gambar mana.
Kalau awak tak tanya, dia proceed guna gambar ic.
Kalau gambar ic tu gambar darjah 6, masak lah korang.

Oke, tentang bayaran.
Renew setahun = RM30
Pelarasan untuk ke tarikh lahir = RM15

Faham tak macam mana?
Oke, saya beri contoh.
Lesen saya expired 4 Jun 2015.
Bila saya renew setahun, akan jadi 5 Jun 2016.
Tapi, sekarang ni pelarasan tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
So, expired date baru saya jatuh pada 27 Februari 2017.
So, saya dapat renew 1 tahun ++ bulan ++ hari.
Haa giteewww.
Maksimum nak renew lesen adalah 5 tahun. Minimum 1 tahun.

Waktu operasi JPJ adalah (SM):

Isnin - Khamis
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 1:00 petang - 2:00 petang

Jumaat
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 12:15 petang - 2:45 petang

Oke, cerita pasal tempoh masa expired pulak.
Kalau korang nak renew awal, boleh.
Maku sure tarikh korang pergi JPJ tu 6 hari dan kebawah sebelum expired.
6 hari ke atas, tidak di galakkan.

Oke lah. Siapa teringin nak baca entry ahkak buat ic yang ngeri, sila lah click link di bawah.
Tukar Kad Pengenalan Baru
*SakitPulakHati*

Oke, daaaa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...