Monday, September 28, 2015

Ketandusan akal fikiran

"Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang mengidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku."

Assalamualaikum, korang.
Kali ni buat starting lain sikit.
Kah kah kah.

Lamanya tak hapdet belog ni.
Berhabuk, bersawang bagai dah.

Takde benda nak cerita pun.
Hmm, bosan.

Krikk krikk krikk.
Alaaaa, tak tahu nak buat apa.

Nak buat final report?
Malaaaasssss !!

Tu du du du du.
Entah laa,

Kbai,
Jumpa next entry.

"Ehh, tu je?"

Sunday, August 16, 2015

Kuatkah aku?

Sejak kebelakangan ni emosi saya terganggu.
Tak tahu kenapa.
Mungkin penat.
Mungkin risau tentang masa depan.
Ye, saya pernah gagal.
Dan saya tak nak gagal buat kali kedua.
Penat, pedih, sengsara.
Tak boleh nak tutup mulut orang.
Maaaacam-macam benda jadi.
Macam-macam perangai manusia yang saya nampak.
Ada yang show off, ada yang minta perhatian.
Saya tetap dengan diri saya, diam.
Tapi, bila saya diam, orang akan tanya "kau oke tak?"
Sampaikan saya sendiri terpaksa sorok.
Tak minat sungguh dengan orang yang nak berkawan, tapi memilih.
Tak minat sngguh dengan orang yang rasa dia hebat.
Kalau betul hebat, tak pe lah. Memang dah bidang dia.
Dah malas dah nak layan.
Sampaikan rasa macam, "lagi bagus aku dengan mereka."
Banyak mata memandang, banyak mata memerhati.
Ada masa kita suka, kita bergelak ketawa.
Ada masanya kita sedih, kecewa, diam seribu bahasa.
Bye.

Penjelasan

Assalamualaikum.

Hai readers.
Ya Allah lamanya tak hapdet belog ni. Berhabuk dengan comment-comment yang awaiting.
Maaf ye, lambat reply.
Sis busy sikit sebab sis tengah praktikal.
Macam-macam benda nak kena buat.
Daily report, weekly report, final report.
Haaa, semuanya report lah.

Harap semua pembaca sis sihat-sihat belaka.

Oh, cakap pasal comment. Sis nak buat penjelasan dekat sini.

Ada yang tanya : 
1. Nak bukak akaun SSPN kena ada akaun bank ke?
Tak silap saya, kena ada.

2. Kalau dah bukak akaun SSPN dekat bank lain, macam mana ye?
Saya tak pasti. Boleh rujuk semla pihak bank.

3, Boleh tak nak beli no id untuk apply PTPTN atau UPU tapi takde kad ATM BSN?
Boleh. Buat urusan di kaunter atau CDM machine.

Haaa. Camne? Jelas dah?
Kalau ada pertanyaan, boleh comment di bawah, atau boleh tanya di Ask.FM sis, ogeh?

Wednesday, June 3, 2015

Tukar kad pengenalan baru

Assalamualaikum...

Saya nak cerita tentang tukar kad pengenalan pulak ni. 
Siapa nak baca entry saya pasal RENEW LESEN P , click link tu :)

Kad pengenalan dah baru kan sekarang?
So, saya nak tukar lah sebab gambar ic adalah gambar masa darjah 6.
Sekarang saya umur 21 tahun

Oke, untuk umur yang sepatutnya korang kena tukar kad pengenalan, cer tengok list bawah?

12 tahun (Kad pertama)
18 tahun (Kad kedua)
* Kalau korang renew kad antara 18 tahun hingga 25 tahun,
korang tak kena denda.
Lebih 25 tahun, baru kena denda.

*sumber google*

Korang ada tak macam dalam list kompoun tu?
Haaa, cepat-cepatlah tukar.
Untuk adik-adik bawah 18 tahun, kalau ada niat nak tukar ic baru sebab cantik,
simpan dulu niat tu.
Sebab nanti 18 tahun korang kena tukar jugak.
Walaupun sebelum ni adik-adik dah pernah tukar.
*kecuali ic masa darjah 6*

Oke, macam biasalah.
Ambil no giliran dan tunggu no giliran di panggil.
Pastu, serah ic and bla-bla-bla
Korang jawab je apa yang dia tanya.

Sekarang ni, process ambil gambar ic terus buat dekat kaunter tu jugak.
So tak payah laa nak tunggu no giliran di panggil untuk masuk bilik khas.
Habis je tangkap gambar, korang akan di beri resit.
Oh. Jangan lupa bawa RM 10.
Kad pengenalan korang, depa pegang.

Oke, ni akak nak cerita.
Toksah percaya kalau akak kaunter tu kata ...
"Tengah hari nanti boleh datang balik tengok ic dah siap ke belum"

SILA DATANG PUKUL 4 keatas.
Kalau nak lagi yakin, datang esoknya pun takpe.

Kalau akak / abang kaunter tu kata
"Oke, boleh balik dulu"
Kau balik je dik. Jangan risau. Kad pengenalan korang tak kemana.
As long as korang simpan resit tu.

Ikutlaa cakap akak ni dik sebelum korang kena "di tinggikan" suara sampai satu hall tu dengar.

Kalau ye pun, tak yah laa sampai meninggikan suara.
Saya ni buat ic bukan lah tiap-tiap hari.
Saya tak tahu pun process korang buat semua ic tu.
Cakap elok-elok sudah.

So, resit yang korang dapat tu simpan elok-elok.
Jangan terbuang atau hilang.
Sebab dekat korang dah takde ic dah.
Nanti datang balik, ambil semua no giliran.
Cakap je nak ambil ic.
Nanti dia minta resit dan kepilkan dengan no giliran.
Pastu, ikut je procedure seterusnya dari depan.

LOKASI : JPN Plaza Masalam.
WAKTU OPERASI : 7:30 pagi - 5:00 petang

Oke, have fun :)

#AkakSedeyh

p/s : Tadi akak terbelahak dekat depan lisf. Lift tu pulak berhadapan dengan abang yang dekat kaunter no giliran. Kuat nooorr !!!

Renew lesen P ke lesen penuh.

Assalamualaikum...

Hai korang.
Harini ahkak buat urusan penting sepenting urusan sri paduka baginda.
Saya renew lesen P dengan tukar ic dalam hari yang sama.
Now, saya nak cerita pasal renew lesen P dahulu.


Saya notice lama dah lesen P saya dah nak expired.
Saya sangka lesen saya expired 5 Jun 2015.
Rupanya, 4 Jun 2015.
Nasib baik laa saya tergerak hati nak renew lesen awal.
Senang je nak renew lesen ni.
Plus minus dalam 1 jam dah boleh settle semua.
Termasuklah dengan dapat card lesen tu sekali.

Lesen P nak ke lesen full HARUSLAH DI BUAT DI JPJ yang berdekatan.

Dokumen yang perlu ada adalah :
1. Lesen P
2. Kad Pengenalan
3. Gambar

Nak cerita pasal gambar ni.
Kalau awak nak guna gambar ic, so, gambar passport tak payah laa bawak.
In case nak guna gambar passport, please sediakan dahulu gambar passport tu sebelum korang kena ambil no giliran 2 kali.

Bila no giliran dah di panggil, serahkan kad pengenalan dengan lesen. Bagi tahu siap-siap nak guna gambar mana.
Kalau awak tak tanya, dia proceed guna gambar ic.
Kalau gambar ic tu gambar darjah 6, masak lah korang.

Oke, tentang bayaran.
Renew setahun = RM30
Pelarasan untuk ke tarikh lahir = RM15

Faham tak macam mana?
Oke, saya beri contoh.
Lesen saya expired 4 Jun 2015.
Bila saya renew setahun, akan jadi 5 Jun 2016.
Tapi, sekarang ni pelarasan tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
So, expired date baru saya jatuh pada 27 Februari 2017.
So, saya dapat renew 1 tahun ++ bulan ++ hari.
Haa giteewww.
Maksimum nak renew lesen adalah 5 tahun. Minimum 1 tahun.

Waktu operasi JPJ adalah (SM):

Isnin - Khamis
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 1:00 petang - 2:00 petang

Jumaat
7:45 pagi sehingga 5 petang.
Waktu rehat 12:15 petang - 2:45 petang

Oke, cerita pasal tempoh masa expired pulak.
Kalau korang nak renew awal, boleh.
Maku sure tarikh korang pergi JPJ tu 6 hari dan kebawah sebelum expired.
6 hari ke atas, tidak di galakkan.

Oke lah. Siapa teringin nak baca entry ahkak buat ic yang ngeri, sila lah click link di bawah.
Tukar Kad Pengenalan Baru
*SakitPulakHati*

Oke, daaaa :)

Tuesday, April 28, 2015

The end of Semester 3

Assalamualaikum, hai readers :)

Setelah sekian lama tidak menarikan jari yang kiut miut ni atas keyboard dengan kelajuan 120 km/j, harini saya nak memecut sehingga 180 atau 220 km/j.
Haaa. Nampak tak hiperbola melampau.

Oke, rasanya saya tak de lagi bercerita tentang IPT saya instead of Matrikulasi rite?
Oh. ada. Last masa sem 1 tak silap.
This is the time bro.

Saya baru je habis semester 3.
Alhamdulillah.
Duduk diperantauan *sangat* tanpa ibu bapa memang sesuatu yang mencabar.
Tapi sebab saya memikirkan tujuan utama saya datang ke PUO ni adalah belajar.
So, set minda je lah yang mampu.

And now, tengah cuti semester.
Then, sem depan praktikal.
Takut dia punya rasa hmm.
Btw, tadi baru usha tempat praktikal.
Hmm. Hadap je laaa
Dari tak dapat tempat langsung. En en en?

Hmm, mana nak mula ni?
Random je lah.
So, sem 3 saya paling aktif.
Sem 1 dan 2 tak atif langsung.
Sem 3 ni baru laa nak berjinak dengan dunia kepimpinan.
Yaa, walaupun apa yang ada jaa.
Tapi syok.
Siapa tak nak dekan en?
Alhamdulilah saya masih mencapai tahap itu.
TAPI SAYA NAK HATTRICK.
Haaa. Ingat bola je ada?
Bukan hatrrick je, kalau boleh every sem.
Perghhhh. Tak tahu laa macam mana.
Belajar teori dengan praktikal lain kay.
Even kita punya result bagus pun, kalau pendirian tak de, tak boleh atau tak berani nak berhadapan dengan orang ramai, tak guna jugak broo.
So, dua-dua kena imbang laa.

*typing sambil dengaq lagu jiwang*

 With En Saiful. HEP Jabatan JTMK

 Penyampaian sijil untuk AKJ, Wakil Kelas, Ahli Kelab.


 Dinner Kelab JTMK

 The Sem 3

 DNS3B yang awesome ++.

Hari Futsal JTMK.

See you after 8 months dear classmates.
Take care.

Good bye to all my seniors.
Good luck for your future.

Good bye to all my classmates and coursemate.
Good luck for your internship.

Good bye to all my club member.
Make the best of your leadership.

Kenangan tak dapat di paparkan, tapi boleh di ingati.
Silaturrahim tak dapat di ikat jika tiada tali persaudaraan.
Keakraban tak terpancar dek wajah melainkan masing-masing melahirkan rasa selesa.

Thank you so much for these memories.
Thanks for made my day.
Thank for accepted me in your life.
THANKS FOR EVERYTHING.

Love you all <3

Sincerely,
Amirah Sabarudin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...