Tuesday, December 17, 2013

The new life, Politeknik Premier Ungku Omar

Assalamualaikum...

Hai hai hai.
Lama dah tak meng-update belog yang hampir bersarang labah-labah ni.
Oke, nak kata busy, tak jugak.
Tapi, busy la jugak.
Belum sampai sebulan belajar, dah ada baaaanyak assignment.

Belajar? Haaaa.
Ni yang nak cerita ni.
Kita dah sambung study dah.
Tapi, bukanlah peringkat degree.
Its supposed to be, but not my luck.
Its okay. I redha :)

Kita dah sambung study dekat POLITEKNIK UNGKU OMAR.
Oh, silap. POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR.
Premier kot. Ehehehehe.
Bukan nak bangga.
Time dapat dulu pun, tak sangkalah politeknik ni premier punya politeknik.
And, tak pernah tahu PUO ni poli paling tua.
Kiranya abang long dengan kak long segala politeknik laa ni.
HAHAHAHA

Oke, tak nak cakap banyak. Sebab update belog dekat CC.
Cc tutup pukul 6.30 petang.
And sekarang, pukul 6. Kang, tak sempat nak post, dah shut down.

Still lagi tak banyak cerita, just baru tahu ada classmate aku time form 3 pun masuk PUO.
Oke, I bangga. *Takde kena mengena*

Ini gambar time Minggu Suai Kenal.
Biasalaaa. Masuk tempat baru, tak lepas dari ORIENTASI.





STOP saying
"I wish"
START saying
"I will"

Good luck :)

NotaKaKi: 4 hari lagi nak balik Shah Alam. Cuti Pertengahan Semester 1. Yeayy ! ;p

Saturday, October 26, 2013

Memperkenalkan ...

Assalamualaikum ...
Hai readers :)
Lama tak bersembang. 

Kali ni saya nak promot *PromotPromotPromot*
Butik menjahit.

Kenapa menjahit?
Hahaha, ini kedai makcik aii laa.
Aii di arahkan oleh boss untuk promot.
Oke lah. No problem lah .


D' Jari Couture merupakan butik menjahit pakaian khususnya pakaian perempuan.
Terletak di Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam, Selangor.
Antara pakaian yang menerima tempahan :
* Baju kurung
* Baju kurung moden
* Kebaya
* Jubah
* Blouse
* Baju Pemplum
* Kemeja Perempuan
* Membuat alteration
* Baju Melayu (mengikut kehendak)

Dress

Jubah Fish Tail

Jubah

Berminat untuk tempahan ?
Boleh hubungi Pn. Marlina Sahid
Email : djaricouture@gmail.com

Tuesday, September 24, 2013

Resepi Bubur Nasi Mudah

Assalamualaikum ..

Hey hey hey :)
Mood masak kembali lagi.
Hari ni nak masak simple jer.

Bubur Nasi
Sedap dimakan bersama sup, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan kicap !
Perfect combination.

So, lets begin ...

Bahan-bahan Bubur :
  • Beras 1/2 pot (dibasuh)
  • 1/2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 ulas bawang kecil (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • Garam
  • Air secukupnya


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan tu kedalam periuk dan masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Gunakan api perlahan-kecil. Sentiasa kacau sehingga bubur lembik.
  2. Kalau suka lembik, banyakkan air.


Bahan-bahan Sup (Sayur-Nak pakai ayam pun boleh)
  • 2 ular bawang putih (tumbuk)
  • Ikan bilis sejemput (tumbuk)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit perencah sup (optional)
  • Sayur (semua jenis sayur yang sesuai)
  • Air secukupnya
  • Garam, gula, ajinomoto (jika suka)


Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dengan ikan bilis dengan sedikit minyak. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Bila dah agak menggelegak, masukkan sayur-mayur pilihan.
  4. Bancuhkan perencah sup dengan sedikit air, masukkan dalam periuk.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto
  6. Setelah menggelegak, matikan api. Hidang


Siap ! Senang jer. Dalam masa 30 minit boleh siap.
Oh. Ikan bilis/kacang tu, goreng je macam biasa dalam minyak.
Jangan lama sangat, nanti tak rangup + hangit.
Ngehehe :)
Selamat mencuba.



Shout your cooking, guys !

- Amirah Sabarudin, 24092013 -

Saturday, September 14, 2013

Agar-agar Oreo Berlapis Milo

Assalamualaikum, guys.
Heyy. What's up?
Teediaa. Ayat.
Oke, abaikan.

Kalini, saya nak share pulak resepi agar-agar yang seterusnya.
Hari tu dah share. Tapi, jenis lain. nak tengok? Click sini.
*Maap le atas penggunaan bahasa diri "aku"*

Oke. Lets begin.

AGAR-AGAR OREO BERLAPIS MILO

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus agar-agar tali / serbuk agar-agar (Clear Colour)
  • Air (Biasanya saya letak 1 botol mineral besar + separuh lagi botol mineral besar)
  • 160 gram gula pasir (Atau ikut citarasa sendiri)
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 serbuk Milo
  • 1 bungkus Oreo yang panjang (Patah-patahkan. Kalau tak suka krim, amik biskut jer.)


Cara-cara :
  • Masakkan agar-gara tali / serbuk agar-agar bersama air mengikut sukatan. Kemudian, masukkan gula ikut citarasa kemanisan masing-masing. Jangan manis sangat. Jangan tak manis sangat. *err?*
  • Bila agar-agar dah agak larut, masukkan susu cair. Masak sehingga agar-agar larut.
  • Kecilkan api (paling kecil).
  • Asingkan 2 cawan daripada agar-agar tadi kedalam periuk kecil dan panaskan. Kemudian, masukkan Milo. Kacau sampai Milo tu larut.
  • Sediakan loyang/acuan yang sesuai.


Oke. Ini penting.

  1. (LAPISAN PERTAMA) Tuangkan campuran agar-agar milo kedalam loyang. Jangan banyak sangat. Ini untuk lapisan jer. Sejukkan seketika. JANGAN BEKUKAN ! 
  2. (LAPISAN KEDUA) Bila agar-agar dah agak sejuk, masukkan campuran agar-agar yang putih. Yang ni nak letak banyak, tak pe. Tapi, jangan banyak sangat. Kang acuan penuh, tak dapat buat lapisan atas. Kemudian, taburkan biskut Oreo yang telah di patah-patahkan tadi. Biarkan sejuk seketika. JANGAN BEKUKAN !
  3. (LAPISAN KETIGA) Bila lapisan kedua dah agak sejuk, tuang campuran Milo ke dalam acuan. Ini untuk lapisan atas. SEJUKKAN DAN BEKUKAN.


Siap ! Senang jer. Budak sekolah pun boleh buat tau. Yang penting, ibu bapa kena control.

Tadaa !
Yang hitam tu Oreo ehh. Bukan berkulat ! Babap kang *-,-*

So, tunggu apa lagi. Cubalah.

Good Luck :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Done with this. "Agar-agar Oreo Berlapis Milo". Like always. Easy to get, easy to make. Do comment and shout your cooking. #JustSharing #Tutorial. Mmm, order? InsyaAllah. I'll try my best. Just DM me on Twitter. For those who want to try this, I wish you all GOOD LUCK. Enjoy your cooking. Don't ever bored with this. #ILoveCooking

Wednesday, August 28, 2013

Resepi agar-agar mudah, pelbagai cara.

Assalamualaikum ...

Hey, awak-awak sekalian.
Kali ni saya dengan baik hatinya nak share resepi.
Walaupun resepi ni dah ramai orang share, aahhh tak kira!
Nak jugaaak !

Resepi apa?
Haha. Simple je ni. Resepi agar-agar.
Dari basic method ni, boleh ubah-ubah jadi macam-macam.

So, lets begin :)

          Bahan-bahan (Bahagian A)
  • 1 bungkus agar-agar tali (nak pakai yang serbuk pun boleh)
  • 1.5 litre air
  • Gula
  • Pewarna

          Cara-cara
  • Masukkan agar-agar bersama 1.5 litre air dan masak.
  • Masukkan gula *secukup rasa*. Masak sehingga larut.
  • Masukkan pewarna. Kalau nak buat dua atau lebih warna, bahagi kepada beberapa bahagian masakan tadi, baru tambah pewarna. *setelah api ditutup*
  • Masukkan dalam acuan.
  • Sejukkan dan bekukan.
Siaaapp !
Haa. Simple jer.

Nak lagi resepi berasaskan agar-agar?

Agar-agar roti

          Bahan-bahan (Bahagian B)
  • 2 cawan susu cair
  • 170 gm roti benggali
  • 2 biji telur

          Cara-cara
  • Blender semua bahan Bahagian B.
  • Campurkan Bahagian B bersama Bahagian A. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan kedalam acuan.
  • Boleh tambahkan rice chocolate/serbuk Milo/nestum atau apa sahaja yang sesuai.
  • Sejukkan dan bekukan.

Kalau nak buat banyak warna dalam satu acuan, sejukkan satu-satu. Buat cara sama seperti buat kek lapis.
Kalau nak buat macam kek marble pun boleh.

Selamat mencuba :)

Agar-agar biasa (Bahagian A)

Agar-agar roti (Bahagian B) *google*

Aiskrim Potong

Assalamualaikum, guys.
Bersua kita lagi sekali.

Cuba teka, sekarang pukul berapa.
Sekarang pukul 2.00 a.m tepat.
Teeediaaa.
Hmm, tak tahu lah. Sejak kebelakangan ni, asyik lambat je tidoq.

So, cerita apakah aku nak update kali ini.
Let's begin.

Aku ada terdengar iklan dekat radio pasal Aiskrim Potong.
Uihhh. Tengah drive tu tetiba boleh terliuq.
Sedap wooh aiskrim tu.
Tak payah nak beli yang Cornetto lah ape lah.
Aiskrim potong ni pun dah legend.
Murah pun, murah. HAHA ! Boleh beli banyak !
Buat stok seminggu. Tak gitu, yop?

Inilah yang selalu aku beli. PERISA DURIAN BABE !

Kenapa dinamakan Aiskrim Potong?
Kenapa tu, aku tak tahu lah.
Sebab, aku hidup jer benda ni dah ada.
Tinggal beli dan makan.
Mungkin jugak sebab bentuknya yang bersegi.
Senang potong kot.
Entoh le.

Ape pun, terbaik wookk !!

Friday, July 12, 2013

Sedikit tips untuk rayuan UPU.

Assalamualaikum ..

Hey awak-awak yang tak dapat UPU tu.
Kita nak share something ni. Lebih kurang macam tips jugaklah.
Pilihan untuk rayuan. Mungkin pointer korang tidak sesuai dengan course yang korang pilih dulu.
Mungkin dengan cara ini, dapat membantu korang yang tengah pening nak pilih tu.

1. Elakkan dari memilih universiti UTM, UKM, UPM, USM, UiTM, UMS, UMK dengan UNISZA. Sebab universiti ni nak pointer 3.00 ke atas. Agak susah untuk korang terpilih (bagi mereka yang pointer 2.00) 
2. Pilih course yang kurang sambutan atau kurang permohonan atau TAK POPULAR. Peluang korang InsyaAllah cerah. Tak pe. Kita belajar jer. Ilmu perlu dicari. Sekarang bukan masanya untuk pilih course mengikut aliran. Kena ikut pointer korang. 
3. Pelancongan, Perikanan dengan Perniagaan Antarabangsa merupakan antara course yang kurang mendapat perhatian. 
4. UNIMAP terima pelajar pointer 2.5 keatas, InsyaAllah. Biarlah jauh, boleh hidup berdikari. Biar susah dahulu, senang di kemudian hari. 
5. Untuk budak Account, UMP dengan UTHM course business still baru. Mungkin peluang cerah.

Ini antara tips yang mungkin membantu rakan-rakan ku yang tak dapat UPU.
Apa pun, kita cuba pilih yang terbaik. Cuba solat istikharah.
Mana tahu dapat petunjuk. Rezeki ada di mana-mana.
Sekarang bukan masa untuk pilih tempat yang dekat, course yang diminati or else.
Kalau dapat pun, itu semuanya rezeki.
Yang penting, sambung belajar. Kita tak tahu masa depan kita.
Kadang-kadang kita tak nampak apa sebenarnya cabang kita.
Mungkin jugak inilah caranya kita mengetahui cabang sebenar.
Tak tentu lagi orang yang dapat course yang depa minat, boleh grad.
Tak tentu lagi orang yang dapat course aliran depa boleh grad.
Kita cuba. Mana tahu berhasil. Yang penting usaha.

"USAHA + TAWAKAL + DOA"

Dekat bawah ni ada link panduan untuk apply course yang sesuai.
Cubalah tengok panduan ni dulu sebelum apply rayuan.



Hope, dapat membantu.
Sebarang pandangan, boleh comment.
All the best, rakan ku.
Good luck :)

#Sumber dari :
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis
Guru Kolej Matrikulasi Perlis (En. Jorasmin Isa)

Tuesday, May 21, 2013

Persiapan untuk ke Kolej Matrikulasi Perlis

*Tukaq mood. Try untuk jadi akak :)*

Assalamualaikum ..
Hi adik-adik sekalian.
Terima kasih kerana sudi baca blog akak ni.
Oke, harini akak buat entry khas untuk adik-adik yang akan melangkah ke
Kolej Matrikulasi Perlis.
KMP AWESOME !

Oke, akak nak cerita serba sikit pasal KMP.
Harap-harap dapatlah membantu sedikit sebanyak untuk adik-adik yang baru nak masuk ni.


Oke. Kita mula dengan persiapan.
Rasanya adik-adik dah print kot checklist yang ada dekat laman web tu.
Pastikan semuanya lengkap.
Sijil dah di sahkan, borang dah sign, and ada satu borang yang kena beli setem tu.
INGAT. JANGAN PERNAH TINGGAL BORANG TU.
Pastikan lengkap. Kalau tak, proses pengagihan elaun akan terganggu.
Gambar passport mesti cukup. Memang banyak gambar yang digunakan.
Even untuk subjek Dinamika pun kena guna jugak.
Nanti adik-adik tahu lah.

*Tutoran B*

Oke, now cerita pasal stuff yang patut korang bawak.
Untuk kuliah, adik-adik tak boleh pakai baju bebas.
Untuk lelaki, mesti kemeja dengan seluar slack.
Mostly hari Jumaat ramai pakai baju Melayu.
Untuk perempuan, baju kurung. Setiap hari.
For non muslim, Isnin hingga Khamis boleh pakai baju kemeja dengan seluar slack.
Untuk hari Jumaat pakai baju kurung.
Prepare baju untuk riadah.
Sebab untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru, kebanyakkannya akan buat aktiviti luar.

*Library yang awesome! Masuk sebab nak aircond*

Nak cerita pasal kewangan.
Kalau macam akak dulu, duit elaun akak akan bahagikan terus.
So, sebulan akan dapat RM250.
Sehari akak budget RM 10. Tapi, tak habis. Adalah lebih RM1,RM2.
So, yang lebih tu boleh simpan.
And boleh la prepared sachet milo atau nescafe atau apa-apa lah.
Boleh buat untuk sarapan atau stay up malam-malam.
So, duit sarapan dah boleh jimat.

Astaka KMP

Dekat KMP nanti jangan asyik nak belajar jer.
Nanti stress. Akak bukan tak bagi adik-adik belajar.
Kadang-kadang sebab belajar banyak sangat, apa pun tak masuk.
Petang-petang tu pergilah beriadah dekat padang.
Naik basikal ker, main tennis ker, badminton ker.
Macam-macam game ada dekat KMP.
Nak lari keliling KMP pun boleh. Tak ada masalah.
Untuk lelaki, dekat KMP ada gym.
Nanti cikgu akan terangkan lebih lanjut.

Gelanggan Bola Tampar

Oke, now pasal outing.
Matrik ni bukan universiti lagi tau.
Matrik sama lagi macam sekolah. Nota cikgu suapkan.
Nak outing pun hanya Sabtu dan Ahad sahaja.
Itu pun ikut giliran. Tapi, tak tahulah kalau next generation ni.
Nak keluar bermalam *balik rumah* kena mintak izin HEP.
Alasan mestilah bernas. Bukan sebab homesick.
Kalau perlukan perkhidmatan bas, jangan risau. Dekat KMP ada seorang staf KMP yang handle.
Cakap jer dengan dia. InsyaAllah dia uruskan.

*Kunci bilik dengan Kad Matrik. Hafal tau no matrik tu*

Dalam KMP ada budak sains dengan budak account.
Please! Jangan pernah ada yang bermusuh atau mendengki antara dua course ni.
Korang setahun dalam tu dah tak tengok muka lain dah.
Muka sama jugak. Penat kot nak tahan gaduh setahun ni.

*bukan nak tunjuk gambar akak, tapi nak bagitahu yang belakang tu masjid*

Apa pun, peraturan mestilah ikut.
Kalau nak langgar pun ikut keperluan yang munasabah.
Pasal roommate pulak. Semuanya pihak kolej dah uruskan.
Kita terima jer. Cuba lah berkenalan.
And, cuba memahami roommate lain. Hormat privacy mereka jugak.
Ampai tu, manage lah elok-elok.
Siapa patut basuh baju hujung minggu, siapa patut basuh baju weekdays.

*Studio muzik*

Routine untuk student :
Kuliah/Kelas : 8 pagi hingga 1 petang
Rehat : 1 petang hingga 2 petang
Kuliah/Kelas : 2 petang hingga 4 petang

Routine ni ikut cikgu jugak. Ada cikgu yang nak tukar jadual.
Ada jugak cikgu yang nak buat kelas pukul 1 tu.
Nanti bincang elok-elok lah dengan cikgu, okay :)

Pasal timetable, adik-adik kena tengok sendiri dekat papan kenyataan Tutoran.
Tutoran tu apa? Tutoran tu kelas-kelas yang akan korang guna lah. Macam blok.
Dekat aras bawah sekali ada papan kenyataan. Rujuk dekat situ.
Tengok nama adik-adik, tengok pulak kelas apa.
Pastu, baru tengok timetable.
Kena tahulah kelas dekat mana. Ada dua tutoran. Tutoran A dan Tutoran B.
Tutoran A dekat dengan blok pensyarah, Tutoran B dekat dengan masjid.
Satu tutoran ada lebih kurang 30 kelas.
Dewan kuliah berdepan dengan Tutoran B.

*Kalau jumpa gambar ni, bagitahu tau :)*

Nanti, adik-adik akan dapat mentor.
Segala masalah boleh lah rujuk mentor masing-masing selain akak-akak/abang-abang yang ada dekat group tu.
Perjumpaan mentor mentee dua kali sebulan setiap rabu.
Perhimpunan sebulan sekali. Pun hari rabu.
Ikut kelapangan Pengarah.

*Inilah pengarah KMP, Datin Hajah Azuyah*

Apapun, akak doakan adik-adik berjaya nanti.
Kita berada dekat tempat orang kalau boleh bawak budaya yang baik.
So, good luck.
Sebarang pertanyaan atau keraguan atau kemusykilan boleh tanya dekat Ask.fm akak.
InsyaAllah akak reply.
Nak buat luahan perasaan pun boleh.

Yang penting, kewangan tu.
Jimat-jimatlah. Kalau boleh, tak payah la mintak dengan parents.
Sebab ini akan mengajar kita cara hidup susah.
Susahnya nak dapat duit. Tapi, kalau memang terdesak, tak pelah.

Adik-adik boleh la kot practice lagu keramat KMP ni :)

LAGU KMP
Indah mempesona suasana ceria,
Kolej ku damai permai sentiasa,
Kehidupan berbudaya,
kukuh kerjasama,
Bersatu beretika.

Visi kejaayan disiplin diutama,
Komitmen tinggi setiap masa,
Cabaran kan ditempuhi,
berprestasi tinggi,
Lahirkan insan yang berkualiti.

Kolej Matrikulasi Perlis,
Cemerlang Berusaha,
Menggapai Wawasan.
Kolej Matrikulasi Perlis,
Megah di puncak jaya,
Keimanan menjana perubahan.

*Tak dapat cari yang ada suara pulak*

Good luck :)

Lain-lain gambar : Click sini :)

Sunday, May 5, 2013

Reply to Adik Hadijah

Assalamualaikum ...
Kita ada pengumuman ...
Hmm, baru terbaca nih.
Ada junior yang mintak dekat aku nota-nota yang lepas.
Nama dia Hadijah.


NOTA UNTUK ADIK HADIJAH :
Waalaukumussalam, Adik Hadijah.
Tak ganggu pun. Memang tengah free ni haa.
Maaf lambat baca. Baru perasan.
Kebanyakkan nota-nota akak dah tinggal dekat kolej.
Sebab memang kitorang kumpul untuk junior.
Kalau jadi student KMP nanti, cuba tanya mana-mana budak blok A2.
Ataupun, terus tanya felo berkaitan dengan nota-nota tu.
Sebab nak bawak balik pun dah banyak sangat.
Buku ekonomi jer setebal dictionary.
InsyaAllah ada rezeki, ada lah nota tu.
Kalau nak yang akak punya jugak, cari lah buku yang bertulis nama
"MIYRA ADRENALIN"
Nama tu glamour oh dekat situ.
Sekali sebut, semua kenal.
Hahaha *TIPU JE WEYH!
Semoga menjadi student KMP okay.
Gerenti tak menyesal pilih KMP.
Buatlah benda-benda yang berfaedah.
Ada apa-apa hal yang berkaitan dengan KMP, tanyalah.
InsyaAllah akak jawab.
Good luck :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...