Friday, July 12, 2013

Sedikit tips untuk rayuan UPU.

Assalamualaikum ..

Hey awak-awak yang tak dapat UPU tu.
Kita nak share something ni. Lebih kurang macam tips jugaklah.
Pilihan untuk rayuan. Mungkin pointer korang tidak sesuai dengan course yang korang pilih dulu.
Mungkin dengan cara ini, dapat membantu korang yang tengah pening nak pilih tu.

1. Elakkan dari memilih universiti UTM, UKM, UPM, USM, UiTM, UMS, UMK dengan UNISZA. Sebab universiti ni nak pointer 3.00 ke atas. Agak susah untuk korang terpilih (bagi mereka yang pointer 2.00) 
2. Pilih course yang kurang sambutan atau kurang permohonan atau TAK POPULAR. Peluang korang InsyaAllah cerah. Tak pe. Kita belajar jer. Ilmu perlu dicari. Sekarang bukan masanya untuk pilih course mengikut aliran. Kena ikut pointer korang. 
3. Pelancongan, Perikanan dengan Perniagaan Antarabangsa merupakan antara course yang kurang mendapat perhatian. 
4. UNIMAP terima pelajar pointer 2.5 keatas, InsyaAllah. Biarlah jauh, boleh hidup berdikari. Biar susah dahulu, senang di kemudian hari. 
5. Untuk budak Account, UMP dengan UTHM course business still baru. Mungkin peluang cerah.

Ini antara tips yang mungkin membantu rakan-rakan ku yang tak dapat UPU.
Apa pun, kita cuba pilih yang terbaik. Cuba solat istikharah.
Mana tahu dapat petunjuk. Rezeki ada di mana-mana.
Sekarang bukan masa untuk pilih tempat yang dekat, course yang diminati or else.
Kalau dapat pun, itu semuanya rezeki.
Yang penting, sambung belajar. Kita tak tahu masa depan kita.
Kadang-kadang kita tak nampak apa sebenarnya cabang kita.
Mungkin jugak inilah caranya kita mengetahui cabang sebenar.
Tak tentu lagi orang yang dapat course yang depa minat, boleh grad.
Tak tentu lagi orang yang dapat course aliran depa boleh grad.
Kita cuba. Mana tahu berhasil. Yang penting usaha.

"USAHA + TAWAKAL + DOA"

Dekat bawah ni ada link panduan untuk apply course yang sesuai.
Cubalah tengok panduan ni dulu sebelum apply rayuan.



Hope, dapat membantu.
Sebarang pandangan, boleh comment.
All the best, rakan ku.
Good luck :)

#Sumber dari :
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis
Guru Kolej Matrikulasi Perlis (En. Jorasmin Isa)

13 comments:

Hunnies Mellonies said...

Thanks. Membantu juga. Baru2 ni keputusan upu cakap saya tak dapat. Mungkin masa hantar permohonan upu tu, dokumen tak lengkap. Skrg ni e-rayuan dibuka. Kalau tak dapat jugak saya cuba tahun depan.

Miyra Adrenalin said...

HUnnies Mellonies : Tak pe wak. Kita sama. Yang penting, jangan putus asa. Okey, good luck :)

Anonymous said...

thanks btw budak rayuan ada orientasi tak?

Miyra Adrenalin said...

Anonymous : Depends kepada u masing-masing.

Shahiraaa said...
This comment has been removed by the author.
Miyra Adrenalin said...

Shahiraaa : Hi. Rasanya setahun je.

Shahiraaa said...

Klau sye nak mohon upu utk intake sept tahun depan dah tak boleh ke?

Miyra Adrenalin said...

Shahiraaa : Probability untuk dapat tu, rendah. Sebab depa akan dahulukan lepasan matrik untuk tahun tuu. Takpe laa. cuba je apply, mana tahu dapat. Mana tahu ada rezeki

Anonymous said...

Salam sis. Sy budak lepasan spm 2016. Result upu bru je kluar tpi sy xbrjya. Sy dh buat rayuan. Sy nk tnye peluang utk dpt rayuan ni tggi tak? Sy takut xdpt :'( . result sy kurang cmerlang.

Miyra Adrenalin said...

Anonymous : Wsalam. Takpe. Yang penting, usaha. Selebihnya, berserah pada Allah. Kalau tak dapat masuk U, mungkin boleh masuk poli atau kolej kemahiran. Mungkin peluang kita cerah dekat situ. Jangan putus asa, oke?

Dyah Az said...

Salam sy lepasan stpm dan sy dh dpt tawaran u tetapi bukan u yg sy minat...sy isi upu pendidikan sebagai pilihan 1 hingga 3 dan sy u yg sy minat di pilihan 4...sy x lulus ujian medsi dan sy x dpt u yg sy nk sbb ia berada di bhgian bawah...jika sy tolak tawaran dan buat rayuan dengan result 4flat adakah sy ade harapan untuk masok u yg sy minati

Anonymous said...

Salam. Saya merupakan student lepasan stpm 2016. Pointer stpm 3.0, tapi rezeki saya belum tiba lagi. Sekarang saya tengah buat rayuan. Tetapi pilihan untuk kos yang diberi adalah terhad. Dan U yang keluar ikut kelayakan kita. Saya memilih kos sarjana muda kerja sosial-UKM , sarjana muda sosial pembangunan. adakah saya mempunyai peluang yang cerah ?

Miyra Adrenalin said...

Dyah Az : Wsalam. Saya tak jamin untuk dapat semasa rayuan. Kena ingat, masa buat rayuan tu, kita akan bersaing dengan budak-budak yang baru nak masuk. Tapi tak salah kalau nak cuba.

Anonymous : Wsalam. InsyaAllah. Cuba laa dulu. Mana tahu nasib baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...