Sedikit tips untuk rayuan UPU.
Assalamualaikum ..
Hey awak-awak yang tak dapat UPU tu.
Kita nak share something ni. Lebih kurang macam tips jugaklah.
Pilihan untuk rayuan. Mungkin pointer korang tidak sesuai dengan course yang korang pilih dulu.
Mungkin dengan cara ini, dapat membantu korang yang tengah pening nak pilih tu.
1. Elakkan dari memilih universiti UTM, UKM, UPM, USM, UiTM, UMS, UMK dengan UNISZA. Sebab universiti ni nak pointer 3.00 ke atas. Agak susah untuk korang terpilih (bagi mereka yang pointer 2.00)
2. Pilih course yang kurang sambutan atau kurang permohonan atau TAK POPULAR. Peluang korang InsyaAllah cerah. Tak pe. Kita belajar jer. Ilmu perlu dicari. Sekarang bukan masanya untuk pilih course mengikut aliran. Kena ikut pointer korang.
3. Pelancongan, Perikanan dengan Perniagaan Antarabangsa merupakan antara course yang kurang mendapat perhatian.
4. UNIMAP terima pelajar pointer 2.5 keatas, InsyaAllah. Biarlah jauh, boleh hidup berdikari. Biar susah dahulu, senang di kemudian hari.
5. Untuk budak Account, UMP dengan UTHM course business still baru. Mungkin peluang cerah.
Ini antara tips yang mungkin membantu rakan-rakan ku yang tak dapat UPU.
Apa pun, kita cuba pilih yang terbaik. Cuba solat istikharah.
Mana tahu dapat petunjuk. Rezeki ada di mana-mana.
Sekarang bukan masa untuk pilih tempat yang dekat, course yang diminati or else.
Kalau dapat pun, itu semuanya rezeki.
Yang penting, sambung belajar. Kita tak tahu masa depan kita.
Kadang-kadang kita tak nampak apa sebenarnya cabang kita.
Mungkin jugak inilah caranya kita mengetahui cabang sebenar.
Tak tentu lagi orang yang dapat course yang depa minat, boleh grad.
Tak tentu lagi orang yang dapat course aliran depa boleh grad.
Kita cuba. Mana tahu berhasil. Yang penting usaha.
"USAHA + TAWAKAL + DOA"
Dekat bawah ni ada link panduan untuk apply course yang sesuai.
Cubalah tengok panduan ni dulu sebelum apply rayuan.
Hope, dapat membantu.
Sebarang pandangan, boleh comment.
All the best, rakan ku.
Good luck :)
#Sumber dari :
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis
Guru Kolej Matrikulasi Perlis (En. Jorasmin Isa)
Comments
Anonymous : Wsalam. InsyaAllah. Cuba laa dulu. Mana tahu nasib baik.