Resepi agar-agar mudah, pelbagai cara.

Assalamualaikum ...

Hey, awak-awak sekalian.
Kali ni saya dengan baik hatinya nak share resepi.
Walaupun resepi ni dah ramai orang share, aahhh tak kira!
Nak jugaaak !

Resepi apa?
Haha. Simple je ni. Resepi agar-agar.
Dari basic method ni, boleh ubah-ubah jadi macam-macam.

So, lets begin :)

          Bahan-bahan (Bahagian A)
  • 1 bungkus agar-agar tali (nak pakai yang serbuk pun boleh)
  • 1.5 litre air
  • Gula
  • Pewarna

          Cara-cara
  • Masukkan agar-agar bersama 1.5 litre air dan masak.
  • Masukkan gula *secukup rasa*. Masak sehingga larut.
  • Masukkan pewarna. Kalau nak buat dua atau lebih warna, bahagi kepada beberapa bahagian masakan tadi, baru tambah pewarna. *setelah api ditutup*
  • Masukkan dalam acuan.
  • Sejukkan dan bekukan.
Siaaapp !
Haa. Simple jer.

Nak lagi resepi berasaskan agar-agar?

Agar-agar roti

          Bahan-bahan (Bahagian B)
  • 2 cawan susu cair
  • 170 gm roti benggali
  • 2 biji telur

          Cara-cara
  • Blender semua bahan Bahagian B.
  • Campurkan Bahagian B bersama Bahagian A. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan kedalam acuan.
  • Boleh tambahkan rice chocolate/serbuk Milo/nestum atau apa sahaja yang sesuai.
  • Sejukkan dan bekukan.

Kalau nak buat banyak warna dalam satu acuan, sejukkan satu-satu. Buat cara sama seperti buat kek lapis.
Kalau nak buat macam kek marble pun boleh.

Selamat mencuba :)

Agar-agar biasa (Bahagian A)

Agar-agar roti (Bahagian B) *google*

Comments