Persiapan untuk ke Kolej Matrikulasi Perlis

*Tukaq mood. Try untuk jadi akak :)*

Assalamualaikum ..
Hi adik-adik sekalian.
Terima kasih kerana sudi baca blog akak ni.
Oke, harini akak buat entry khas untuk adik-adik yang akan melangkah ke
Kolej Matrikulasi Perlis.
KMP AWESOME !

Oke, akak nak cerita serba sikit pasal KMP.
Harap-harap dapatlah membantu sedikit sebanyak untuk adik-adik yang baru nak masuk ni.


Oke. Kita mula dengan persiapan.
Rasanya adik-adik dah print kot checklist yang ada dekat laman web tu.
Pastikan semuanya lengkap.
Sijil dah di sahkan, borang dah sign, and ada satu borang yang kena beli setem tu.
INGAT. JANGAN PERNAH TINGGAL BORANG TU.
Pastikan lengkap. Kalau tak, proses pengagihan elaun akan terganggu.
Gambar passport mesti cukup. Memang banyak gambar yang digunakan.
Even untuk subjek Dinamika pun kena guna jugak.
Nanti adik-adik tahu lah.

*Tutoran B*

Oke, now cerita pasal stuff yang patut korang bawak.
Untuk kuliah, adik-adik tak boleh pakai baju bebas.
Untuk lelaki, mesti kemeja dengan seluar slack.
Mostly hari Jumaat ramai pakai baju Melayu.
Untuk perempuan, baju kurung. Setiap hari.
For non muslim, Isnin hingga Khamis boleh pakai baju kemeja dengan seluar slack.
Untuk hari Jumaat pakai baju kurung.
Prepare baju untuk riadah.
Sebab untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru, kebanyakkannya akan buat aktiviti luar.

*Library yang awesome! Masuk sebab nak aircond*

Nak cerita pasal kewangan.
Kalau macam akak dulu, duit elaun akak akan bahagikan terus.
So, sebulan akan dapat RM250.
Sehari akak budget RM 10. Tapi, tak habis. Adalah lebih RM1,RM2.
So, yang lebih tu boleh simpan.
And boleh la prepared sachet milo atau nescafe atau apa-apa lah.
Boleh buat untuk sarapan atau stay up malam-malam.
So, duit sarapan dah boleh jimat.

Astaka KMP

Dekat KMP nanti jangan asyik nak belajar jer.
Nanti stress. Akak bukan tak bagi adik-adik belajar.
Kadang-kadang sebab belajar banyak sangat, apa pun tak masuk.
Petang-petang tu pergilah beriadah dekat padang.
Naik basikal ker, main tennis ker, badminton ker.
Macam-macam game ada dekat KMP.
Nak lari keliling KMP pun boleh. Tak ada masalah.
Untuk lelaki, dekat KMP ada gym.
Nanti cikgu akan terangkan lebih lanjut.

Gelanggan Bola Tampar

Oke, now pasal outing.
Matrik ni bukan universiti lagi tau.
Matrik sama lagi macam sekolah. Nota cikgu suapkan.
Nak outing pun hanya Sabtu dan Ahad sahaja.
Itu pun ikut giliran. Tapi, tak tahulah kalau next generation ni.
Nak keluar bermalam *balik rumah* kena mintak izin HEP.
Alasan mestilah bernas. Bukan sebab homesick.
Kalau perlukan perkhidmatan bas, jangan risau. Dekat KMP ada seorang staf KMP yang handle.
Cakap jer dengan dia. InsyaAllah dia uruskan.

*Kunci bilik dengan Kad Matrik. Hafal tau no matrik tu*

Dalam KMP ada budak sains dengan budak account.
Please! Jangan pernah ada yang bermusuh atau mendengki antara dua course ni.
Korang setahun dalam tu dah tak tengok muka lain dah.
Muka sama jugak. Penat kot nak tahan gaduh setahun ni.

*bukan nak tunjuk gambar akak, tapi nak bagitahu yang belakang tu masjid*

Apa pun, peraturan mestilah ikut.
Kalau nak langgar pun ikut keperluan yang munasabah.
Pasal roommate pulak. Semuanya pihak kolej dah uruskan.
Kita terima jer. Cuba lah berkenalan.
And, cuba memahami roommate lain. Hormat privacy mereka jugak.
Ampai tu, manage lah elok-elok.
Siapa patut basuh baju hujung minggu, siapa patut basuh baju weekdays.

*Studio muzik*

Routine untuk student :
Kuliah/Kelas : 8 pagi hingga 1 petang
Rehat : 1 petang hingga 2 petang
Kuliah/Kelas : 2 petang hingga 4 petang

Routine ni ikut cikgu jugak. Ada cikgu yang nak tukar jadual.
Ada jugak cikgu yang nak buat kelas pukul 1 tu.
Nanti bincang elok-elok lah dengan cikgu, okay :)

Pasal timetable, adik-adik kena tengok sendiri dekat papan kenyataan Tutoran.
Tutoran tu apa? Tutoran tu kelas-kelas yang akan korang guna lah. Macam blok.
Dekat aras bawah sekali ada papan kenyataan. Rujuk dekat situ.
Tengok nama adik-adik, tengok pulak kelas apa.
Pastu, baru tengok timetable.
Kena tahulah kelas dekat mana. Ada dua tutoran. Tutoran A dan Tutoran B.
Tutoran A dekat dengan blok pensyarah, Tutoran B dekat dengan masjid.
Satu tutoran ada lebih kurang 30 kelas.
Dewan kuliah berdepan dengan Tutoran B.

*Kalau jumpa gambar ni, bagitahu tau :)*

Nanti, adik-adik akan dapat mentor.
Segala masalah boleh lah rujuk mentor masing-masing selain akak-akak/abang-abang yang ada dekat group tu.
Perjumpaan mentor mentee dua kali sebulan setiap rabu.
Perhimpunan sebulan sekali. Pun hari rabu.
Ikut kelapangan Pengarah.

*Inilah pengarah KMP, Datin Hajah Azuyah*

Apapun, akak doakan adik-adik berjaya nanti.
Kita berada dekat tempat orang kalau boleh bawak budaya yang baik.
So, good luck.
Sebarang pertanyaan atau keraguan atau kemusykilan boleh tanya dekat Ask.fm akak.
InsyaAllah akak reply.
Nak buat luahan perasaan pun boleh.

Yang penting, kewangan tu.
Jimat-jimatlah. Kalau boleh, tak payah la mintak dengan parents.
Sebab ini akan mengajar kita cara hidup susah.
Susahnya nak dapat duit. Tapi, kalau memang terdesak, tak pelah.

Adik-adik boleh la kot practice lagu keramat KMP ni :)

LAGU KMP
Indah mempesona suasana ceria,
Kolej ku damai permai sentiasa,
Kehidupan berbudaya,
kukuh kerjasama,
Bersatu beretika.

Visi kejaayan disiplin diutama,
Komitmen tinggi setiap masa,
Cabaran kan ditempuhi,
berprestasi tinggi,
Lahirkan insan yang berkualiti.

Kolej Matrikulasi Perlis,
Cemerlang Berusaha,
Menggapai Wawasan.
Kolej Matrikulasi Perlis,
Megah di puncak jaya,
Keimanan menjana perubahan.

*Tak dapat cari yang ada suara pulak*

Good luck :)

Lain-lain gambar : Click sini :)

Comments

Anonymous said…
oooo orite kak :) hihi
eiz said…
salam kak.. em satu bilik ade bpe student? :)
Miyra Adrenalin said…
Hai Eiz. Satu balik ada 4 katil doble decker. Satu bilik biasanya 6 orang.