Tuesday, September 24, 2013

Resepi Bubur Nasi Mudah

Assalamualaikum ..

Hey hey hey :)
Mood masak kembali lagi.
Hari ni nak masak simple jer.

Bubur Nasi
Sedap dimakan bersama sup, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan kicap !
Perfect combination.

So, lets begin ...

Bahan-bahan Bubur :
  • Beras 1/2 pot (dibasuh)
  • 1/2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 ulas bawang kecil (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • Garam
  • Air secukupnya


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan tu kedalam periuk dan masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Gunakan api perlahan-kecil. Sentiasa kacau sehingga bubur lembik.
  2. Kalau suka lembik, banyakkan air.


Bahan-bahan Sup (Sayur-Nak pakai ayam pun boleh)
  • 2 ular bawang putih (tumbuk)
  • Ikan bilis sejemput (tumbuk)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit perencah sup (optional)
  • Sayur (semua jenis sayur yang sesuai)
  • Air secukupnya
  • Garam, gula, ajinomoto (jika suka)


Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dengan ikan bilis dengan sedikit minyak. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Bila dah agak menggelegak, masukkan sayur-mayur pilihan.
  4. Bancuhkan perencah sup dengan sedikit air, masukkan dalam periuk.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto
  6. Setelah menggelegak, matikan api. Hidang


Siap ! Senang jer. Dalam masa 30 minit boleh siap.
Oh. Ikan bilis/kacang tu, goreng je macam biasa dalam minyak.
Jangan lama sangat, nanti tak rangup + hangit.
Ngehehe :)
Selamat mencuba.



Shout your cooking, guys !

- Amirah Sabarudin, 24092013 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...