Langit kelabu

Assalamualaikum :)
 
 
Dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati, ingin ku bertemu dengan mu.
Ohooo.
*Oke, jiwang*
 
 
Dah lama tak update blog. Busy la nau nau ni.
Busy + kemudahan WiFi tak mencukupi.
Macam tak cukup current jer. Kejap Connected, kejap Disconnected.
Mencikk.
 
Hmm, lately ni banya betul dugaan.
Tapi, saya tahu Allah meguji saya tidak melebihi batas kemampuan saya.
Sampai satu masa, saya menangis.
Saya rasa sunyi. Saya rasa disisihkan.
Terutama bila berada bersama classmate.
Saya pun tak pasti. Mungkin juga salah saya.
Almaklumlah, bila orang dah suka, suatu hari akan dapat duka.
 
Tapi, berbeza bila saya berada bersama roommate dengan jiran-mate.
Hmm, macam biasa. Nak gelak, gelak sekuat hati.
Kadang terkeluaq ayat kuajaq, depa dak kisah pun.
Malah jujur mengaku sentap.
Dari situ saya mengaku itu adalah salah saya.
 
Tapi, kenapa mereka tidak sebegitu?
Barangkali mood final exam dah datang kot.
Masing-masing nak focus untuk diri sendiri.
Tapi, TIDAK !
Mereka masih boleh keluar bersama TANPA mengajak saya.
Saya tak kisah kalau mereka hanya "ajak-ajak ayam"
Ada jugak mengajak dari tak diajak.
 
Baru semester satu, dah banyak dugaan.
Kadang kala, saya berasa ingin bersendirian.
Tapi saya boring. Saya perlukan hiburan untuk hilangkan tension.
Patutkah sewa kereta pada Abang Amin dan meronda seluruh Ipoh?
Saya inginkan ketenangan.
 
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah. Kerdil lagi hina.
Jika benar ini adalah ujian, Kau kuatkanlah aku untuk hadapi ujianMU.
Jika ini adalah takdir hidup ku, Kau kuatkanlah imanku untuk terus bersabar dengan takdir hidupku sendiri.
Aku tak nak hipokrit, aku tak nak jugak melukakan hati orang walaupun aku tahu mereka dah lukakan hati aku.
AKU LEMAH, YA ALLAH !
Aku merasa ketakutan jika aku tega melakukan sebegitu.
Aku tak mahu hilang kawan.
Aku tak kisah, selagi bergelar kawan.
Barlah aku tiada sahabat.
Ya Allah, perkenankan doa hambaMu.
Istiqamahkan diriku untuk terus berada di jalanMu, Ya Allah.
 
 


 
#PrayForMH370


Comments