Cara nak memohon PTPTN

Assalamualaikum ..

Hai adik-adik.
So, sekarang ni tengah musim bebudak sem satu nak apply PTPTN.
Ke cane?
Ehh, betullah.

Bukan sem satu je, sem dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh and bla bla bla.

Takpe. Takpe. Saya cuba untuk membantu sedaya saya.
Oke? Sep sikit.

1. Bukak Akaun SSPN
(Dekat mana? Refer IPT korang)

2. Beli no pin PTPTN
(Macam mana? Refer sini)

Bermulah fasa yang agak leceh sikit.
Sebab kalau salah isi, kena beli no pin baru.
TAKE NOTE BAHAGIAN SINI EHH !

Bagi yang pertama kali nak apply, adik-adik kena daftar sebagai pengguna kali pertama.
Macam mana? Bukak laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/
Pastu akan nampak display cenggini.


Click dekat icon yang saya dah borderkan dengan warna hitam tu.
Lepas tu, akan keluar pulak note seperti dibawah :


 Oke, make sure dah ada akaun SSPN okay.
Lepas tu boleh laa apply untuk PENDAFTARAN KALI PERTAMA bagi yang belum pernah memohon PTPTN. Bagi yang dah pernah memohon, boleh log in je terus menggunakan no ic dan kata laluan yang anda isi.


Segala maklumat yang kena isi ada dalam slip semasa korang beli no pin PTPTN dekat BSN tu.
Tarikh, no pin, masa semua ada.
Pastu, akan keluar pulak display macam kat bawah ni :


 Dekat bawah sekali, ada perkataan "Simpan" . Dah habis isi, tekan SIMPAN.
Pahtu, boleh laa deme isi permohonan tu.

Oke, just nak remainder je.
Kalau masa isi, ada benda yang kita tak tahu contoh macam gaji parent, no ic parent, masa isi tu click je SIMPAN. Nanti boleh edit.

And !
Ni part yang paling penting.
Kalau click SIMPAN je, tak hantar lagi permohonan tu.
Lepas habis isi and dah jenuh dok tekan "Simpan dan Seterusnya" tu, akan keluar display macam kat bawah. Ni kira final process lah.


First thing yang kena buat adalah CHECK BALIK SEGALA MAKLUMAT ATAU BUTIRAN ITU DENGAN  BETUL DAN BENAR !

Bila dah yakin, nampak tak ada button "YA" dan "TIDAK"?

Kalau rasa puas hati dan yakin, click "YA".
Kalau tak yakin and rasa nak edit lagi. click "TIDAK".

Bila dah sekali tekan "YA", dah tak boleh edit dah tau.
Be careful people !

Lepas tu, boleh laa print borang permohonan tu.

Anything can ask me at my ask.fm/miyraadrenalin

Good luck :)



Updated 27 August 2016

Hai adik-adik sekalian.
Oke, akak nak bagitahu kepada semuuuuaaaaaa yang bakal apply PTPTN.
PLEASE CHECK BALIK SEGALA MAKLMAT YANG DAH DIISI.
Kalau ada maklumat yang tak pasti, jangan tekan YA dahulu.
Boleh tinggalkan. Dapatkan confirmation, and isi semula.

Jangan bazir duit please.
Rata-rata comment yang akak dapat semua kata tersalah isi laa, tetinggal isi laa.
Jangan membazir duit untuk beli no pin kali ke2.

Comments

Anonymous said…
why its say problem loading webpage lps sy dh masukkan makluman yg dia minta such as IC no,tarikh, masa and no ptptn???
Miyra Adrenalin said…
Mungkin pihak PTPTN ada masalah dengan server. Server down ke apa ke. Don't worry. Boleh cuba lain hari. Tapi kalau masih berterusan, sila hubungi PTPTN terus ye.

p/s : pastikan internet cukup kuat signalnya ketika membuat permohonan. Kot-kot laa ada gangguan. Kang tak pasal kena beli no pin baru.
Anonymous said…
Saya nk tanya, tarikh dan masa ni nak letak mcm mana eh?? Letak tarikh harini dan masa skrg ke??
Anonymous said…
kalau beli no ptptn kat atm kena ada kad bsn sahaja or kad maybank pun boleh??
Miyra Adrenalin said…
Tarikh dan masa guna yang dalam resit masa beli no pin

Saya pun tak pasti. Saya rasa kena BSN kot. Tapi kalau takde kad atm BSN, boleh beli di CDM atau kaunter. Kena rujuk semula. Saya tak berapa pasti.
Unknown said…
salam.. buka sspn kena ikut bank yang ditentukan oleh ipt??? kalau dah buka kat bank lain... macam mana erk? kena buka sspn baru??
Jeehah Rafee said…
hye sis saya nak tanya
so bila dah save n send tu kira dorang dah proceed ke ? tak perlukan parents punya pay slip ke ?
Unknown said…
Dalam borang online tu ada minta no akaun sspn i plus. Tapi saya hanya ada no akaun sspn. Apa beza sspn dengan sspn i plus???
Unknown said…
Dalam borang tu ada minta no akaun sspn i plus, tapi saya hanya ada no akun sspn. Apa beza sspn dengan sspn i plus. Saya perlu buat akaun baru ke???
Miyra Adrenalin said…
Wasalam, Mayang Jubli. Yang itu, saya tak pasti. Sebab, saya buka guna bank yang sama. So, senang nak buat rujukan. Cuba tanya pihak bank dulu untuk kepastian.

Hi Jeeha Rafee. PTPTN hanya proceed permohonan je. Nak tengok student tu laya atau tidak. Slip gaji parents tu akan diserahkan ke pihak PTPTN selepas statys pemohonan keluar. Sama ada pihak PPTN datang IPT, ataupun boleh terus pergi ke kaunter.

Miwinno. Itu mungkin jenis akaun kot. Kalau macam saya pun guna SSPN-i je.
Unknown said…
Assalam..saya dah try masukkan no ptptn..tpi system reply balik ckp maklumat xsah..knape ye?saye perlu bli no pin yg baru ke?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam, Nurfatehah Amzah. Cuba check tarikh dan masa. Make sure guna tarikh dan masa dalam resit tu. Bukan yang semasa.
Anonymous said…
Salam. Apa beza senarai no pin sspn dengan no pin sspn? Sama ja atau lain lain?
Anonymous said…
salam. nak tanya. no matrik masa isi form ptptn ni no pelajar uitm ke? atau no matrik di matrikulasi yag lepas??
Little Girl said…
salam..naak tanya..lps kita isi brg permohonan ptptn online tu, bila blh dpt tahu permohonan tu lulus ke tak..
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Senarai no pin sspn dengan no pin sspn macam mana tu? Sama je kot.

Wsalam. Guna no matrik semasa. Sebab kita nak apply untuk study yang semasa.

Wsalam Cik Atiqah. Biasanya dalam 2 atau 3 minggu selepas tarikh tutup permohonan online. Rajinkan check email ye dik. Pastikan email tu valid.
Unknown said…
Salam sis nk tnye..yg wang pendahuluan tu kalau tak nak xpe kan? Ke dye mmg sekali dengan permohonan tu?
Miyra Adrenalin said…
Wasalam, Rabiatun Ahmad. Tak nak pun takpe. Tapi kalau dah ambil, RM 500 nanti akan terus ditolak masa dapat ptptn untuk 3 sem.
Unknown said…
kak..kalau kita baru isi butiran peribadi pastu terdelete page n x sempat nak tekan simpan mcm mane ea?
Miyra Adrenalin said…
Boleh masuk semula. Login guna no ic dan password masa mula-mula register.
Anonymous said…
salam sis. camane ye kalo sy dah isi and dah tekan butang ya untuk pengesahan. pastu tetiba check ada salah satu benda je. pengalaman kerja salah buat year. permohonan sy camane?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Takpe. Print out je, lepas tu masa nak serah dokumen nanti, inform mana yang salah. Kalau macam sis haritu salah isi tahun spm, dia just suruh potong, pastu tulis yang baru, sign dekat sebelah pembetulan tu. Tapi kena buat depan dia.
光子久美子 said…
salam, saya baru nak apply ptptn sem 2, surat pengesahan masih di ipt tu nak dapat mana? or kena buat sendiri? :)
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Surat pengesahan tu minta pada pejabat HEP.
Anonymous said…
Hanya kad bsn sja.
Anonymous said…
X apa yg penting no acc sspn tu .kita blh bauat sspn kat counter ptptn,rhb,mb,cimb
Assalam sis, sya ni plajar u thn 1 .. So ini first time sy mohon ptptn.. Masa sya bca blog kkk psl pemohonan ptptn ni, leps dah register apa semua tu, kena print out kan.. Borg pemohonan tu kita hantar kat mana? Kita hantar dekat HEP ka? Maaf sbb ni kali pertama sy mohon jd sya tak tahu apa2 pasal pemohonan ptptn ni..
Miyra Adrenalin said…
Wsalam Nurel Yanna. Yang print out tu, bukan borang permohonan. Itu maklumat selepas memohon. Permohonan semuanya by online. Dokumen tu semua hantar masa penyerahan dokumen kepada PTPTN. Berdasarkan pengalaman, pihak PTPTN akan datang ke kampus sendiri untuk kutip semua borang tu. SIla rujuk HEP berkenaan kehadiran pihak PTPTN ke kampus adik, ye.

*************************************************************************

Maaf ye, sebenarnya ada yang bertanya soalan berkaitan salah isi maklumat. Tapi sis terdelete pulak. Nasib baik sempat baca.

Oke, kepada yang berkenaan.
Sis pun pernah tersalah isi maklumat dulu. Tapi permohonan diluluskan. Jika lulus, Apa yang sis buat, sis print out je. Then, masa nak hantar dokumen2 tu semua, sis jumpa staf yang ada, dan inform apa yang salah. Then, dia just suruh potong, tulis semula yang betul, dan sign dekat sebelah pembetulan. TAPI ! Sis buat depan staff tu. Mungkin jugak sebab pembetulan yang sis buat tu, tak berat. Maksudnya bukan berkaitan dengan no cukai pendapatan, no acc bank, and etc. Kalau tak lulus, adik kena beli semula no pin baru. Dan apply semula.
Ok thanks.. Tp nak tnya lgi ni, no acc bank tu, mesti pakai cimb bank atau boleh pakai bank lain? Ptptn memang nak cimb bank ke?
Miyra Adrenalin said…
Nurel Yanna.
Bergantung pada IPT anda. Kalau IPT anda guna CIMB, so boleh laa pakai bank yang sama. Kalau sis pakai Bank Islam sebab poli guna bank Islam.
Anonymous said…
sis, saya nak tanya. dah lepas isi borang semua kena print terus kan? mcm mana nak print ? dia takde tunjuk fail dia pun yg nak print
Miyra Adrenalin said…
Eh, mesti ada. Kalau tak jumpa, cuba tengok tab sebelah kiri, ada tulis 'Cetak Permohonan'. Kalau tak jumpa jugak, tekan je laa CTRL + P.
Anonymous said…
Thankyou sis! Sya dan dpt dah. Info yg padat dan Sgt berguna! May Allah bless u sis :)
Anonymous said…
Salam kak,selalunya berapa lama kad sspni ni akan sampai kat alamat kita??kad sspni saya xsampai2 da dekat sebulan lebih
Unknown said…
Sis. KNP sy nak dftr xblh.sy bru nk apply Kali pertama. Bila mskkan Ic.trikh Dan ms tekan dftr. Dia keluar webpage not available. . bka Google chorome xleh eh
Najwa dy said…
Kalau ambik masa sem 2 ptptn bagi berapa
Unknown said…
dlm isi online ada tnya no matrik . sy tk dpt lgi , biar kosong and trus hntar ataupun mcm mna ?
Anonymous said…
Assalamualaikum kak..
saya nak tanya..saya sekarang blajar kt poli yg guna bank islam...saya buat akaun sspn-i tu kt maybank..lepas tu perlu ke saya jumpa pihak bank islam untuk urusan akaun sspn-i saya ni??

harap balas...
Unknown said…
Salam. Nk tnye sy dah lulus dah dri sem 1 tp smpai sem 2 ni msih tk print. Bleh lgikan mohon ? Ke ad tempoh masa ?
Anonymous said…
Salam.. tumpang tanya. kalau da tersalah masuk maklumat tentang tarikh mula pengajian camne ye?? Tarikh mula pengajian 22/11/2015 mengikut surat tawaran. Tapi sy terletak 1/12/2015. Adakah sy perlu mengisi borang pembatalan ptptn dan membuat pendaftaran baru??
Unknown said…
saya tak buat buku sspn..betul ke sspn boleh buat kt ipt..saya risau duk histel nk kliar buat mmg takde mase klau minggu kerja..
Anonymous said…
Selamat pagi, saya baru pertama kali nak memohon PTPTN ne. Masalahnya, setiap pelajar di institusi saya kena urus sendiri Permohonan PTPTN sehingga selesai. Saya sudah beli no pin ptptn di bsn dan membuka akaun sspn-i. Bolehkah saya hanya memohon ptptn secara online tanpa membuat pemohonan pembiayaan pendidikan tersebut terlebih dahulu di bank ?
Miyra Adrenalin said…
Biasanya dalam seminggu kad sspn akan sampai ke alamat rumah. Cuba rujuk semula, takut-takut salah tulis alamat ke.

Nur Nadia Zawawi : Pastikan tarikh yang diisi sama tarih yang dalam resit. Biasakan buka laman web PTPTN menggunakan Internet Explorer ye.

Najwa dy : Kalau amik PTPTN sem 2, akan dapat kurang. Kalau diploma, mungkin dalam RM12, 500 ke bawah.

Natasya Asyikin : Biarkan sahaja.

Waalaikumussalam. Rasanya tak perlu. Sebab bank ni hanya perantaraan sahaja.

Arif Ikram : Wasalam. Tak print tak bermaknan boleh guna. Sebab ada tempoh masa. Lebih baik mohon semula.

Wasalm. Tidak perlu. Hanya bagitahu kepada pihak PTPTN ada ralat. Biasanya, nanti akan link terus ke IPT masing-masing

Muhammad Fahmi : Itu bergantung pada pihak SSPN. Kalau ipt tu ada nak buat, boleh je proceed.

Tidak perlu. Buat permohonan secara online, rint dokumen yang diperlukan, dan hantar ke pihak PTPTN dengan segera.
c1kwaualifnun said…
Salam sis, nk tanya,sy skang sem.2 dan bru nk apply ptptn, sy already isi borang2 dia, always check kt link ptptn, ckp still in process, mmg sy kne tguu ptptn ckp yes, ke guana? mohon bantu sy sis :) trme kasih
Carle said…
hai..nak tanya kalau salah masukkan no akaun bank islam..kna daftar baru ke mcm na?
Miyra Adrenalin said…
Wan Alif Nun Najwa : Maaf ye lambat respond. Ye, memang kena tunggu sampai PTPTN kata LULUS. Sebab lepas dapat tahu lulus atau tak, baru kena hantar segala dokumen yang PTPTN perlukan.

Carle Fila : Hai. Sebelum tu nak tanya, dah hantar dokumen ke? Kalau belum, cuba bawak borang permohonan tu semasa penghantaran dokumen kepada PTPTN. And bagi tahu dia. Sebab saya dulu pun pernah ada kesilapan, dia just suruh potong yang salah, and tulis semula yang betul. Lepas tu, kena sign kecik dekat sudut pembetulan tu.
c1kwaualifnun said…
Thanks a lot sis :)haa satu lagi soalan sis,hehe ptptn da llus, then kite blh je kan nk hntar segala borg dia n dokumen yg depa minta terus ke pejabat ptptn di cawangan2 negeri kan?? sbb nya, pihak ptptn takde mai ke tmpt sy bljar buat masa ni, jadi boleh je kan kita hntar borg terus ke pjbt depa kan? Then,adekah mrka akan trus transfer ke acc.kita after semua da complete?or tetap ad timing kne tgu beberapa hari after submit semuanya?? Thanks again sis ^_^
Miyra Adrenalin said…
Wau Alif Nun Najwa : Boleh je. Lagi cepat proses kalau terus hantar ke pejabat PTPTN. Biasanya ada gap masa jugak. Sebab depa nak semak balik dokumen tu. ambil masa dalam seminggu dua kot.
Unknown said…
Assalamualaikum kak. Tumpang tanya. Saya nak daftar ke UTM. So saya nak daftar SSPN dan nak beli no pin PTPTN kat bank mana yer..? Terima kasih
Miyra Adrenalin said…
Azlan Razak : Rasanya boleh buka akaun SSPN boleh di CIMB. Kalau CIMB takde buat SSPN, boleh buat di Maybank atau Bank Islam. No pin PTPTN hanya boleh beli di BSN sahaja.
c1kwaualifnun said…
awk boleh beli di bank bsn dik :) nnti tanya je trus kt abg/akk kaunter psl sspn tu, btw, welcome to utm, 😉
Anonymous said…
Assalmualaikum kak. Saya bakal daftar di ipts pada 30/5/2016 ni. Saya nk taye..bilakah sepatutnya perlu saya membuat permohonan ptptn ? Adakah mengikut jadual yg telah saya lihat di laman web ptptn iaitu proses pertma ipts bakal saya dftar, 14/7/2016 kalau tak silap saya. Kak adakah urusan ptptn secara online ni, perlu dibuat sblum masok ipts atau kene tugu 14/7?
Miyra Adrenalin said…
Thank you, Wau Alif Nun.

Wsalam, dik. Sebaik-baiknya ikut jadual yang telah ditetaplan oleh ptptn. Nanti takde lah tertinggal atau terlepas maklumat. Macam akak dulu, boleh buat sebelum masuk. So, dokumen apa nak bawak, semua dah tahu. Tinggal dapatkan cop pengesahan sahaja.
Anonymous said…
Assalamualaikum.. Td saya isi permohonan online ptptn tp x isi maklumat penjaga sbb saya x tahu beberapa maklumat..jd saya tinggalkan dulu sebb ingatkan bolh edit balik..tp x blh..jd mcm mana ye?.
Miyra Adrenalin said…
Waalaikumussalam. Maknanya dah tekan "Ya" laa? Tapi rasanya, kalau maklumat penjaga tak diisi, tak boleh teruskan sehingga process akhir. Hmm, saya tak dapat nak bagi apa-apa cadangan. Melainkan kalau call PTPTN. Cuba tanya tindakan seterusnya. maaf ye.
daisy said…
Saya pelajar sem 2 yg nak mohon pt. Tapi bila saya sent jadi tak lengkap "permohonan hanya boleh dibuat 30 hari sebelum tarikh mula pengajian" butiran semua dah lengkap tapi jadi camtu. First saya mohon 30/12/2015 tapi saya tak sent. Ni guna yg lama tu untuk mohon balik
Miyra Adrenalin said…
Saya tak pasti sama ada boleh guna yang lama atau tidak.
Unknown said…
Nak tnye sikit,dokumen ape yg kena bagi and bagi kat siapa ehh?
aizatazmi said…
salam . saya lagi seminggu sudah hari pendaftaran . saya belum daftar ptptn lagi . klu saya mohon sekarang . WPP boleh dibuat ke ? dan klu saya tak mohon online sbb tak reti huhu . so masa hari pendaftaran di uitm tu boleh ke daftar ptptn disana ? boleh beri penjelasan . terima kasih
Miyra Adrenalin said…
Mirza Joe : Dokumen2 yang diperlukan ada dalam senarai checklist dalam permohonan online ptptn seperti slip gaji parents, result2 SPM. Tak berapa nak ingat sangat dah.

Muhammad Aizat : Tahniah, dik. kalau adik nak daftar online awal, pun dah boleh dah sebenarnya sekarang ni. Nanti tinggal sediakan dokumen je. Yang penting no pin PTPN kena beli awal. No tu valid 6 bulan je kalau tak silap. Nanti dah tutup, kena tunggu sesi depan pulak. Kalau WPP, biasanya selepas adik bersetuju untuk masuk mana-mana IPTA/IPTS, akan ada satu soalan ditanya "Adakah anda ingin memohon WPP?" <-- Lebih kurang macam tu laa soalannya. So, kalau adik pilih "YA", adik akan dapat laa WPP, kalau adik pilih "TIDAK", adik tak akan dapat WPP. Sekarang ni semua permohonan secara online je, dik. Kalau walk in, akak tak pasti.
Unknown said…
Assalamualaikum sis.

Saya nak tanya saya baru sahaja mengisi borang ptptn secara online tapi saya tersilap isi maklumat tentang tahun spm saya. Saya ambik spm tahun 2015 tapi kat situ saya tak perasan dia tulis tahun 2016. Apa yang saya perlu buat sis? sebab saya dah tekan ya :(( and tinggal nak print ja dah tak boleh nak edit. hope you can spend some of your precious time to read this
Miyra Adrenalin said…
Ainun Atika : Wsalam. Sama macam kes akak. Akak bawak je dokumen yang dah print, pastu tunjuk dekat pegawai yang berkenan. Dia just suruh akak potong tahun yang salah, tulis tahun yang baru. Lepastu, dia suruh sign kecik dekat sebelah pembetulan tu. Tapi, adik try je bawak dulu dokumen tu, pastu bagitahu je apa yang salah.
Anonymous said…
Assalamualaikum sis .

Saya nk tanya kalau tk isi dekat jumlah tanggungan penjaga tu mcm mana ? Saya terlepas panjang pandang yg tu .. bila semak balik baru perasan jumlah tanggungan 0 :( padahal saya dh tekan ya
Miyra Adrenalin said…
Wsalam, dik. Sepatutnya kena ada. Sebab nanti diorang nak tentukan berapa jumlah pinjaman yang student layak *selain dari gaji parents*. Takpe, bawak je dokumen tu. Nanti masa nak serahkan kepada pegawai ptptn, bagitahu diorang yang terlepas pandang tu.
Anonymous said…
Salam
Knp saya tidak dpt menekan butang simpan n seterusnya biarpun semua maklumat di ruangan penjaga telah lengkap diisi? Asyik keluar dlm kotak merah minta no kwsp n cukai pendptan.
Terima kasih.
Anonymous said…
Hai kak. Sy nk tnya kalo tersalah isi tarikh mula pengajian kena mohon baru ke? Sy mula 2/6/2015 tp terletak 1/6/2015. Macam mana ya?
Assalam akak, adk saya baru nak dftar poli. Saya nak tnya, hal ptptn ni semua kiranya uruskan sebelum daftar sana la eh?
Unknown said…
salam kak. tumpang tnye.. knpa ada yang gtau kena pergi beli setem hasil bagai tu yew? mmg kna buat semua tu ke ? or just isi online jew ? then yg katanya pihak ptptn datang ke tempat kolej kita tu kena beri apa yaa kat mereka ?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. mungkin ada typo kot dekat no tu. atau tak cukup digit.

Anonymous : Erm, beza sehari je tak pe kot. nanti bawak maklumat yang dah print tu, rujuk dekat pegawai ptptn bersama surat tawaran kemasukan. bagitahu diorang yang adik tersalah isi.
Miyra Adrenalin said…
SUPER OUTSTANDING small : Wsalam dik. Boleh buat permohonan online sebelum masuk. nanti bila dah masuk poli, tinggal serah dokumen sahaja. Kerja tak banyak dah. Tapi kalau nak buat selepas masuk poli pun boleh. Cuma agak kelam kabut laa nak sediakan dokumen. Macam akak dulu buat selepas masuk. Sebab nak dengar penerangan dari ptptn apa kebaikan, rules semuanya.

Wan Nurhazirah : wsalam dik. Oke, untuk setem hasil tu semasa proses penyerahan dokumen. Nanti bila dah tahu status lulus atau tidak, adik akan kena print borang perjanjian dari website. dekat borang perjanjian tu nanti akan guna setem hasil.
oh. terima kasih. ada lg soalan, hehe. lps dah isi ps tu dia kata permohonan sedang diproses kira tak ada boleh edit apa2 dah kan? lps tu kan, maksudnya nak download segala dokumen yg nak kena isi dan serah tu kiranya kena tunggu dia bgtau lulus atau tidak dulu la eh? Berapa lama ye selaluya?
Moustache said…
Selamat sejahtera kak. Saya dapat poli gak. Saya nak tanya, apa langkah2 perlu dibuat selepas pendaftaran online?

1.Check email daripada pihak PTPTN sama ada layak atau tidak.
2. Sesudah check, print semua borang2 & dokumen sokongan yang mereka nak.
3. Beli stem hasil 2 keping. 1 keping = RM10
4. Serahkan borang tersebut masa pendaftaran.

Ni sekadar kefahaman saya yang saya baca dari blog2 yang lain. One more question,masa pegawai PTPTN datang untuk betulkan maklumat tu masa pendaftaran ke? Kalau salah tolong betulkan. TQ :)
Miyra Adrenalin said…
SUPER OUTSTANDING small : Iyup. Tak boleh edit dah. Haah. Kena tunggu status dari ptptn dahulu. Ermm, dalam 2 ke 3 minggu kot. Tak berapa ingat dah.

Moustache : Untuk makluman, pegawai PTPTN datang bukan untuk betulkan maklumat. Mereka hanya mengutip dokumen sahaja. Cuma, biasalah manusia ni selalu buat silap. So, kalau ada minor error masa apply PTPTN online tu, cuba laa tanya pegawai PTPTN kot kot dapat betulkan. Sebab kalau ikut rules, kena apply baru kalau dah salah isi. Waktu bila mereka datang tu, terpulang kepada pihak institusi masing-masing. Macam poli akak, diorang datang selepas masuk poli lebih kurang dalam sebulan dua.
Anonymous said…
Caner nak mohon SSPN?????
Anonymous said…
Salam.. nak tanya. Kenapa ye saya isi no.acc BIMB tpi kt situ tulis no.acc BIMB saya tidak sah?
Miyra Adrenalin said…
Cara nak mohon SSPN, boleh pergi ke bank yang berkaitan, pastu cakap je dekat akak kaunter tu nak buat akaun SSPN

Isi no account bank tanpa tanda " - ".
Anonymous said…
assalamualaikum..saya ada soalan, kalau saya terslah isi kewarganegaraan mcm mna yee? sya dah tak boleh buat pembetulan sebab permohonan saya dalam proses. :(
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Cuba bawa je dokumen tu masa proses pengumpulan dokumen nanti. And rujuk pada pegawai.
Unknown said…
Ble tak bwt akaun sspn dlu .. pastu bru bwt akaun bank islam???
Anonymous said…
Salam kak, saya bakal melanjutkan pengajian ke usas dalam bidang diploma pengajian islam pada 7/8 nanti. tapi still saya tak tahu macam mana nak buat permohonan ptptn dan banyak perkara yang saya tak faham. Adakah saya tidak layak untuk mendapat WPP kerana tawaran yang saya dapati merupakan di luar pengurusan upu. Selain itu, jika saya ingin memohon ptptn, adakah perlu membuka akaun sspn di bank tertentu yang ditetapkan ipta tersebut ataupun still boleh diterima kalau dibuka di bank lain. Dan saya difahamkan, kepada yang layak mendapat ptptn, wang pendahuluan akan diberi kepada pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum masuk belajar.
Miyra Adrenalin said…
Jambang Nipis : Boleh saja

Anonymous: Kalau perasan, masa nak approve atau terima tawaran, akan ada selit 1 soalan pasal wpp ni. Kalau tick bahagian tu, so dapat lah. Kalau tak tick, tak dapat lah. Boleh buka akaun sspn dimana-mana cawangan bank sahaja.
Moustache said…
Lepas hantar borang/surat perjanjian tu, apa langkah seterusnya? Tunggu wang masuk ke akaun bank?
Nurul said…
Saya pun. Skrg status permohonan mcmana ye? Dpt tak?
Anonymous said…
Salam,sis. Nak tny kalau dh tekan "ya" wktu apply ptptn. Brpe lama proses permohonan?
Sexy Husky said…
Salam sis.. berapa lama biasanya nak tau permohonan layak atau tidak? Lepas tu apa perlu dibuat?
Miyra Adrenalin said…
Sexy Husky : Wsalam, dik. Biasanya dalam 2 ke 3 minggu. Jika lulus, perlu masuk balik dalam web masa buat permohonan tu, print dokumen yang diminta.
Unknown said…
Boleh ke kalau apply before masuk uni ? Or kena daftar uni dlu baru boleh apply for this sep intake .. Thanks
Miyra Adrenalin said…
Titanium : Kalau nak apply sebelum daftar, make sure surat tawaran kemasukan uni dah ada. Kalau belum tahu keputusan UPU, kena tunggu keputusan dulu
Unknown said…
Okay,thanks for the info.so nanti selitkan surat tawaran masa apply ptptpn mcm tu ?
Anonymous said…
Salam sis.nk tanya..sy skrg study dh sem 1.tp xsempat mohon utk sem1 sbb trlepas trikh tutupnye.so klau sy mohon utk sem2 nanti.duit yg sy dpt tu trmasuk dgn sem 1 x? Atau die xbagi dh utk sem 1 tu?
Unknown said…
Knape bile sye ltak no cukai pndpatan pnjaga then tak lepas. Dia ckp no cukai kne 12-15 aksara pstu no kwsp tu yg tak sah pdhal no kwsp sye biarkan ksong sbb pnjaga mmg xde. Mcm mana yer?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Tak termasuk sem 1. Sebab dah lepas. So, tak dapat.
Rezzan Nasairi : Make sure takde jarak.
Unknown said…
saya nak saya tersalah isi maklumat tapi saya dah click ok yg permohonan dalam proses..mcm mana ye saya dah risau ni.
Anonymous said…
Assalam sis. Nak tnya lepas buat permohonan online, perlu print borang permohonan tu tak ataupun tunggu permohonan lulus baru hantar borang ke ptptn?
Anonymous said…
Saya nak tanya saya tersalah isi dlm maklumat penjaga..saya letak semua makumat ayah sy tapi sy tulis nama ibu sy..sy dah send dan dlm proses..sy perlu beli no pin bru ke?sbb tu kira mcm slh maklumat kita bg kat dia kan..
Miyra Adrenalin said…
Nur Najiha and Anonymous : Kalau ikut ceramah yang akak pergi memang kena beli no pin baru. Cuba call PTPTN, pastu tanyakan masalah adik ni. Akak pernah jugak salah isi tapi minor correction je. So, dia just suruh potong, dan tulis baru. Pastu, sign. Apa pun, try contact ptptn dulu yee.

Anonymous : Wsalam dik. Lepas isi online, print borang permohonan yang dah lengkap diisi tadi. Lepas keputusan lulus, kena print dokumen untuk diserahkan kepada pihak ptptn
Assalamualaikum kak. Nk tnya, ape beza akaun bank islam dan akaun sspn-i bank islam ? Adakah kalau kita dah ade bank islam, dah xperlu buat akaun sspn-i lg . Ke mcm mana ? Perlu ke kita buat akaun sspn-i bank islam dan buat akaun bank islam ? Sbb UiTM guna bank islam. Dua² no akaun ni nk guna masa permohonan online ke ? Mohon tunjuk ajar sis .
INSAN LEMAH said…
salam sis, cemana nak isi bahagian result matrik eh
Unknown said…
Sis nk tnya lps bukak akaun sspn kne bukak akaun bank islam ke???saya pnya u guna bank islam...tpi sspn tu saya bukak bank islam...
Miyra Adrenalin said…
Muhammad Shahril : rasanya bank Islam takde akaun SSPN-i. Itu untuk account SSPN sahaja. Permohonan hanya menggunakan akaun bank sahaja

INSAN LEMAH : Result matrik? Isi ikut tahun rasanya.

azleen mohamad : Sebenarnya akaun sspn tu boleh bukak dekat mana-2 cawangan bank.
Anonymous said…
assalam kak. nak tanya, dalam permohonan online tu dia mintak no. akaun sspn so nak letak nombor akaun yang mana ye? terima kasih
Unknown said…
Salam kak.Dia ada mintak no matrik . Tapi saya first time apply ptptn ni . So mcm mana ye ? lagi satu soalan . Saya tak faham dengan program pengajian . Saya bakal ambil degree . Tapi saya tak tahu nak pilih yg mana satu . mohon pencerahan
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : No akaun SSPN ambik yang dekat kad.

Amira Natasha : Boleh tinggalkan kosong. Program pengajian tu boleh refer dekat surat tawaran. Nanti dah masuk u, baru isi no matrik. Surat tawaran jangan hilangkan.
Unknown said…
salam sis,,slepas memohon tu,,kna print ape2 ker? print kat mane?
Unknown said…
salam sis,,slepas memohon, ada perlu print apa2 ker? sy dh success utk penerimaan wpp..jd apa perlu sy bawa? mcm mnew nk print erk?
Anis said…
Salam, saya nak tanya, saya bakal daftar di UPM pada 31hb ogos 2016 ni untuk degree dan saya baru first time nak mohon ptptn. Kalau dalam surat tawaran dah diberi no matrik, program pengajian dan sebagainya, saya just terus masukkan kan? Tarikh pendaftaran tu tarikh mula pengajian kan? Kalau lepas dah banyak kali simpan and tekan "tidak", confirm tak apa dan masih boleh edit?
wawa said…
assalamualaikum, akak klu kita lupa password nak buat mcm mn ye?
zayyan hisya said…
As salam.
1) Akak, sy nk tnye ap mksud permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN? Sy dh buat akaun sspn-i di bank islam. Tp dkt laman web PTPTN tu dy ad ckp klau buat akaun sspn-i di maybank dan bank rakyat boleh membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pd hri yg sma tp klau buat di bank islam dan agrobank pd keesokan harinya. Ap mksudnya?
2) Btul ke kna print smua borang permihonan guna krtas A4 80gsm?
3) Dokumen sokongan spt slinan ic, slip gaji etc tak perlu pengesahan drpd wkil2 krjaan?
jierzk said…
salam sis,saya bdk u sem 1.saya lmbt hntr borng ptptn. so nak tanya sem2 say boleh mohon lain x ?
Miyra Adrenalin said…
pistachio 8997 : Lepas tu, kena tunggu status lulus atau tak. kalau lulus, baru kena print borang.

Anis : ye, boleh terus masukkan. Ye tarikh pendaftaran tu, tarikh mula pengajian. rasanya boleh

wawa : biasanya ada "forgot password" dekat situ.

Zayyan Hisya :
1) permohonan pembiayaan pendidikan tu mohon pinjaman PTPTn laa. Siapa yang buat di maybank, lepas je bukak akaun sspn boleh terus apply. kalau buat dekat bank islam, kena tunggu 2 3 hari baru boleh apply ptptn.
2) ye betul
3) rasanya tak payah. kecuali ic kena ada palang ptptn. means,buat dua garis atas ic tu, pastu utlis "untuk kegunaan ptptn"

Zihah razak : Boleh. Yang penting, baki tempoh pengajian still ada setahun lagi.
Anonymous said…
assalamualaikum kak . saya nak tanya ni . haritu time mohon ptpt online saya tersilap isi pendapatan keluarga sebab amaun gaji ayah dah naik sikit berbanding dulu . nak betulkan balik kena buat apa ya ? tq
nuri said…
assalamualaikum . nak tanya ni sewaktu isi ptptn online haritu saya ada tersalah isi pendapatan keluarga . tapi amaun gajinya tak jauh beza . jadi apa harus saya buat ya?
Anonymous said…
Assalam akak. kalau saya terlepas pandang yg kelayakan tu saya tak isi result matrik just isi yg spm saja macam mana or kena beli no pin baru?
Unknown said…
salam .. nk tnya .. sya xletak no kwsp xpa tak ? lepas tu salah tarikh mula pengajian ? mcm mna ehh .. dahh tekan ya.
Miyra Adrenalin said…
Anonymous & Nuri : Kalau tak jauh beza, takpe kot.

Anonymous : Ni apply untuk degree ye?

Fatin Najwa : Kalau ikutkan kena beli no pin baru. Cuba tanya ptptn dulu. kot kot laa ada consideration ke
AA said…
Hi. Nak tanya, kalau permohonan kita tak diluluskan masa kelompok 1 ptptn. Kita masih boleh mohon ptptn untuk kelompok 2 kan? Tapi kena beli no pin baru juga kan?
Anonymous said…
assalamualaikum kak boleh ke kalau maklumat penjaga tu isi bahagian bapa je sebab keluarga bercerai dan dah tekan ya
Unknown said…
nape ya, saya login permohonan kali pertama dan telah isi maklumat spt di slip belian no pin ptptn (Tarikh/masa/no PTPTN), tapi result bg tau"MAKLUMAT YG DIMASUKKAN TIDAK SAH"
Unknown said…
Salam. Nak tanya no matrik yg dimaksudkan kat borang permohonan tu no matrik wktu kat matrikulasi ka no pelajar kat surat tawaran tu ? Sebab kat surat tawaran dia tak tulis no matrik tp no pelajar yg itu ke kak ?
Miyra Adrenalin said…
AA : Iyee. Betul tu.

Anonymous : Rasanya boleh.

Unknown : Dah buat akaun SSPN dah ke?

Unknown : Wasalam. Eh, bukan no matrik time matrikulasi. No matrik tu maksudnya no pendaftaran atau no pelajar. No matrik time matrikulasi dah tak valid dah.
Anonymous said…
slm..sy apply ptptn untk degree..sy baru perasan sy tk isi bhgian tanggungan ayah saya..patutnya 2 org tp since sya tak isi jd 0..camne ea?sbb nk betulkan dah tk boleh sbb dah anta n sah kan..status sy pun dlm proses lagi..kene reapply ke ye??lpasty yg kata potong2 valid if pnjaman dah lulus kan?kalau mcm kes saya ni kiranya kene sabar n berdoa agar lulus je ye??hehe..pls jwb..u really want the loan:(
Anonymous said…
biasanya brapa minggu kna tggu utk lulus?? sy tggu dh lbih sminggu tp status masih (sedang diprosess)...n sy dh isi kputusn spm tp trlupa nk isi keputusn STAM sy,,takpe ker? sbb tu ke dia lulus2 lg?...mohon penjelasan
Anonymous said…
Hai nak tnya.
Sy just isi result spm je masa buat prmohonan haritu. Maknanya saya kena buat permohonan baru ke sbb tak isi kputusn matrik. Tak tahu kenapa tak terperasan yang tu...
Yang kedua , sy ada tinggalkan kosong dkat certain part bhgian pnjaga. Masa nak sahkan tu , xde pulak dia boldkn bhgian yg kosong tu utk diisi. Maksudnya memang dh complete lah kan?
Anonymous said…
Salam . Nak mintk pndpat. Saya tersilap isi permohonan online haritu . Tak isi result matrik ��. Kena buat yang baru la kn? And saya dah send borg tu. Patut ke saya buat permohonan baru dlm masa bbrapa hari je seblum first dateline atau pun tggu samada permohonan saya lulus ataupun tak, baru proceed. Kalau tak lulus, ada harapan tak utk prmohnn sy lulus kali kedua (kelompok kedua)?
Anonymous said…
Assalamualaikum kak. saya nak tanya, saya dah isi pmohonan ptptn tapi kenapa status dia tulis belum lengkap ?
Anonymous said…
nak tanya , dokumen ape yang diperlukan untuk ptptn ni
Unknown said…
Kak berkenaan dgn salah isi maklumat, sy terlupa nak isi bahagian tanggungan so jd 0 lah tanggungan tu. Cane eh? Kena beli no ptptn baru ke?
Unknown said…
Salam sis...ptptn ni ade 2 sesi ea utk 1 sem? Boleh x kalo sy nk mntak mse sesi 2 shj...sesi 1 xmntak?
Miyra Adrenalin said…
Oke saya jawab random je la ye. Memandangkan macam lebih kurang je soalannya.

1. Siapa yang dah tersalah isi, terutamanya dekat bahagian yang rasa-rasa penting berkaitan dengan pinjaman ni, bersedia untuk mohon kali kedua. Kemungkinan ditolak.

2. Keputusan status lulus ambil masa 2 - 3 minggu.

3. Biasanya kalau bahagian penting tak terisi, anda tidak dibenarkan untuk mengesahkan permohonan. Tapi kalau dah boleh sah kan (tekan YA), dah oke la tu

4. Kalau dah tersalah isi, rasanya kena tunggu status dulu kot. Then, buat pembatalan, baru mohon semula. (Saya tak berapa pasti)

5. Siapa yang terlepas mohon masa sesi 1, boleh buat masa sesi 2. DOn;t worry.
Anonymous said…
Assalamualaikum akak ape maksud tarikh tutup kelompok satu dgn dua tu ?
Anonymous said…
Salam akak,kalau kita terlepas tarikh tutup kelompok satu kita still boleh edit and submit untuk kelompok 2 kn ?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. Apply PTPTN ni ada 2 sesi. Sesi 1 dan sesi 2.

Anonymous : Akak tak pasti laa.
Anonymous said…
salam kak..sy pun masalah sama mcm atas..tak isi bahagian tanggungan tu..skg ni loan saya dah diluluskan..skg ni sy ade tbaca dkt other blog yg if even loan dah lulus still akn direject masa nk hntr dokumen nnti sbb ade salah isi maklumat..so sy ni kene bt pembatalan ke camne?
Unknown said…
Setem hasil kena pergi LHDN or just beli dkat pejabat pos ? Sbb dekat perjanjian tu ckap tampal so if tak pergi LHDN takpe kan
Ain Muszaini said…
salam. sis. kalau UNI saya guna bank muamalat. tp, saya dah ada sspn kad yg saya dftr kt bank rakyat. boleh je kn? lpstu mcmana nak tahu tarikh last permohonan ?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Biasanya macam tu lah. Kena beli no pin baru untuk mohon semula. Cuba tana dulu pada pegawai. Kalau dia kata reject, terpaksa lah mohon baru.

Titanium : Boleh je beli dekat pejabat pos

Ain Muszaini : Boleh. Takde masalah
Unknown said…
Assalammualaikum, saya nurul student baru masuk uitm untuk degree. dulu masa diploma sy ada mohon ptptn. bagaimana cara untuk saya mohon ptptn untuk degree pula? adakah saya dikira sebagai pendaftar baru??
Anonymous said…
salam kak..nk tanya borg pengesahan pendapatan tu kene disahkan ke oleh ketua kampung or lecturer?lpstu apa je dokumen sokongan yg dia nak sebenarnya ye?sbb dlm list dokumen just nk surat tawaran je..tp ade yg kata nk ic semua..tu suma perlu disahkan jugak?
Anonymous said…
assalamualaikum akak.. sy rasa dh ad org tanya tp sy still x faham.. lepas saya dh isi online haritu saya tak print apa2 sbb taktahu nk print macammana, then saya login td status saya diluluskan. tapi saya tak tahu nk kene print cana, apa yg nk kene print.. please help me..

thanks so much in advance :)
Miyra Adrenalin said…
Nurul Farah : Waalaikumussalam, Nurul. Rasanya boleh guna account PTPTN lama.nanti apply baru untuk pinjaman dgree pulak.

Anonymous : Wasalam. Kalau time akak dulu, akak buat je pengesahan tu. Cuma yang IC, akak kena palangkan ic. Rujuk google cara nak palang ic. Akak sediakan slip gaji, ic, borang permohonan online, salinan muka depan buku bank (akak suruh pegawai bank sahkan terus). Rasanya banyak lagi. Cuba semak satu-satu.

Anonymous : Wasalam. Sebelah kiri, ada tulis "cetak borang permohonaj". Klik dekat situ. Lepas dah tahu diluluskan, tengok email, akan ada satu attachment. Print pdf tu, isi semua yang diperlukan. Sediakan semua dokumen sokongan.
Unknown said…
Assalamualaikum kak. Kalau mcm tarikh tutup haritu 1hbsept. Saya tk apply apa2 lagi. But skrg nak apply. Apply je ke mcmane ye. Mohon penerangan. Tq kak
Miyra Adrenalin said…
Nur Shazarna : Wasalam. Kena tunggu tarik buka untuk mohon ptptn sesi 2.
Anonymous said…
assalamualaikum. saya nak tanya. masa saya nak isi ptptn tu, ada diberi pilihan untuk tarikh mula pengajian. saya start bulan august haritu tapi choice diberi untuk tahun 2016 hanya 1/2/2016 dan 1/10/2016 je. cemana ye kak?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Saya tak pasti tentang itu. Masa saya apply, just tulis je berapa haribulan
Anonymous said…
Nak tanya, yg no matrik tuh macam mana? Nk biar kosong or tulis time hari pendaftaran?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Bila dah dapat no matrik, dah boleh tulis.
Anonymous said…
Nak tanya, saya dah buka akaun sspn di bank islam and kena buka akaun bank islam juga ke baru boleh mohon ptptn ni?
Unknown said…
Akak apply ptptn kat online je kan ?takyah pegi bank Islam ke apa kan?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Kalau u awak guna bank islam, kena buka account bank islam lah. Sebab nanti dalam borang tu kena letak no account bank. Kalau tak nanti, macam mana duit nak masuk. Hee :)

Sabirah Azlan : Ye dik. Online je. Before that, beli no pin dulu dekat BSN yee.
Unknown said…
Salam sis. Saya nak tanya selagi tak isi no matrik tu kita kena tinggalkan dulu atau terus boleh proceed? Mohon reply sis. Terima kasih :)
Miyra Adrenalin said…
Nurul Saadah : Tinggalkan dulu. Tapi jangan sampai terlepas tarikh tutup. Sekiranya tarikh dah nak tutup, tapi no matrik tak dapat lagi, proceed je. Nanti bagitahu pegawai PTPTN yang no matrik baru dapat. Time akak dulu macam tu.
Anonymous said…
Kak, kalau utk kemasukan second intake kena apply utk ptptn sesi 2 ke?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Kala tarikh belum tutup, boleh je isi sesi satu. Kalau dah tutup, tunggu sesi dua nanti
Anonymous said…
Kalau salah isi no.akaun bank kena buat permohonan baru ke?
Unknown said…
Salam..selepas print borang yg lengkap selepas tekan ye apa yg perlu saya buat? Setem hasil kena beli ke? Matikan setem perlu jgk ke?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Itu saya tak pasti. macam mana boleh salah isi ni? Make sure, check dulu yee.

lily suzanna : Tunggu keputusan melalui email. lepas tahu lulus, baru beli.
Anonymous said…
salam sis, saya dah pun ada akaun ptptn untuk sem 1 sabelum ni tapi saya tak jadi mohon pinjaman dan tak isi pun borang yang disedikan oleh pegawai ptptn yang datang. so, kalau saya nak mohon ptptn for sem 2 ni, saya perlu guna akaun yang dah ada or perlu buat akaun as first time?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam, dik. Guna je akaun lama. Dalam akaun tu nanti, cari permohonan baru.
Unknown said…
Salam sis sy isi ptptn tapi tersilap tarikh masuk ipt boleh diterima lg ke?? Atau kna beli no pin smula
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Sepatutnya kena beli baru. Tapi cuba tanya pihak ptptn kot kot boleh terima. Ikut budi bicara.
Unknown said…
Assalamualaikum sy na tnye la.wktu buad pendftaran online kali pertama.dia tulis kt situ email xsama.apa mksud dia ye.sedangkn sy guna email yg sama je
Unknown said…
Salam. Sy nk isi ptptn utk sem 2. Nk letak result sem 1 kt syarat kelayakan tu dekat diploma lanjutan ke? Ke diploma? Atau diploma politeknik?
Unknown said…
Salam kak miyra . Saya dah apply ptptn . saya baru perasan yg ptptn nak bank islam . Saya masuk bank cimb .ptptn dah luluskan pinjaman tuh . Jadi saya perlu buat apa ya sekarang ?
Anonymous said…
Assalamualikum sis. Mohon sis jawab soalan saya ni sbb saya keliru.huhu
1.acc sspn boleh buka di maybank kan?
2.uni saya guna muamalat sis dan saya dah ada acc bank muamalat.but saya buka sspn di maybank.saya nak tanya saya perlu buka sspn di muamalat ka?? But muamalat bukan ejen sspn.
Anonymous said…
Salam akak, saya baru nak mohon ptptn untuk semester 2. And saya cek kat jadual tarikh tutup dia is 31 jan tahun depan, and saya tak ambil final exam lagi untul semester 1 ni. Saya dah beli dah number pin apa semua and dah isi segala maklumat tapi bila nak hantar, dia kata kena buat permohonan 30 hari sebelum tarikh masuk ipt kot kalau taksilap. Ke sebab dia ingat saya mohon tu utk semester 1 ya?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. Cuba edit balik. Tukar no account tu. Kalau tak boleh edit, cuba call ptptn ye.
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. Ermm. Saya tak pasti tentang tu. Sorry ye.
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. Erm rasanya guna result SPM kot. Sebab diploma tak dapat lagi enn. Tengah belajar.
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. 1. Iye boleh
2. Tak perlu. Sebab dah bukak dekat dah kan. Semua bank hanyalah ejen sahaja.
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. Iyup. Betul tu. Cuba apply waktu sem dua dah masuk nanti.
Unknown said…
Assalamualaikum akak..
Mohon jasa baik akak untuk explain dkt sy, apa perlu sy buat
Sy skrg akn masuk ke semester 2 ,dan baru je mohon ptptn untuk sem ni, cuma saya check semula ada yang tersilap dekat pengisian maklumat kelayakan, dah tekan "ya" ..apa boleh saya buat?
Miyra Adrenalin said…
Fara Wahida : Wsalam. Sepatutnya kena beli baru. Tapi cuba tanya pihak ptptn kot kot boleh terima.
Sang kerdil said…
Assalam..sis saya nak tnya ,saya isi ptptn pastu kat klayakan tu spatutnya saya isi jgk utk stpm tp saya trlepas pandang so isi spm je..mcm mana ya sbb saya dpt buat dgree dgn klyakan dri stpm
Miyra Adrenalin said…
Sang Kerdil : Wsalam. Maaf lambat. Hmm, kiranya maklumat ni jadi tak lengkap lah. Confirmkan dengan PTPTN boleh? Sebab saya pun tak berapa pasti. Maaf kalau tak membantu
Anonymous said…
Salam ,untuk sem 2 perlu buat apa2 tak untuk ptptn !! I mean sem 1 dah apply and perlu bagi apa2 tak dekat pegawai ptptn or duit akan masuk je untuk sem 2 ?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. Tak perlu. Duit akan terus masuk by semester
Anonymous said…
Sy mohon ptptn utk sem 1 ditolak and bila nk mohon utk sem 2 dikatakan 'permohonan tidak lengkap'.knp jdi macam tu????mohon pencerahan sbb dunia saya hampir gelap!!!
Miyra Adrenalin said…
Maaf lambat reply. Cuba semak balik data masa isi sem 1 dulu
nurul diyana said…
Assalamualaikum kak. Masa saya isi upu dia ada tanya "adakah anda bersetuju untuk menerima wang pendahuluan PTPTN? (WPP) Saya jawab tak. Adakah ada kesan nanti apabila saya ingin memohon PTPTN?
Miyra Adrenalin said…
Nurul Diyana : Wsalam dik. Takde kesan pun. Bezanya, siapa yang terima WPP tu, duit yang akan diterima akan ditolak RM 500 setiap sem. Kalau tak terima, setiap sem akan dapat dapat amount full
Anonymous said…
Assalam. Nak tanya, start 2017 memang dah takde kad sspn ke?
Anonymous said…
Assalam. Saya nak tanya, macam mana nk mohon ptptn untuk sem 2? Sama ke macam mohon untum sem 1? Kene beli no pin baru atau pakai yang lama je?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. Saya tak pasti tentang tu

Anonymous : Wsalam. Nak mohon ptptn sem 2, still lagi kena beli no pin baru.
Anonymous said…
Salam, nak tanya kenapa kod kursus dalam borang ptptn online ni dgn kod kursus dalam surat tawaran saya lain yea? Yang tu x boleh edit kea? Lagi satu tarikh mula pengajian pun lain dan memang x boleh edit kea?
Pinapple said…
Asalamualaikum kak , lps buat step yg akak ckp tu dah print prmohonan tu kena buat apapulak kak?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Wsalam. Yang itu saya tak pasti.

Pinapple : Tunggu kelulusan dari PTPTN melalui email.
Ika said…
Yg kena sediakan borang2 tu? Lps dpt klulusan kat email la?
Miyra Adrenalin said…
Ika : Iyup. Lepas dapat kelulusan dari email, nanti depa akan attach 1 document untuk korang print out. Document tu laa yang korang kena prepare
m said…
Assalamualaikum kak. Nak tanya berkaitan maklumat penjaga tu. First, dia suruh pilih hubungan dengan penjaga. Then, dia suruh isi nama pasangan penjaga. And then bawah tu dia suruh isi no ic dan sebagainya. Contoh kalau saya pilih hubungan dengan penjaga iala bapa kandung, nama pasangan tu saya perlu tulis nama ibu saya lah? Bagaimana pula dengan no ic dan sebagainya tu? No ic bapa saya atau ibu saya. Terima kasih.
Faeza Jainan said…
salam kak saye nak tanya, lepas dapat surat ptptn tentang bayaran pendahuluan tu kan, kena mohon ptptn melalui online jugak ke ?
Assalamualaikum akaq nk tnye..lpas dh isi n tkan ya tpi bila login balik still bleh edit pe smua uh cm mne??mhon pnjelasan..xfham..
Anonymous said…
salam nak tanya.. no matrik tu no apa ya ?
Miyra Adrenalin said…
Muhdnor_0712@yahoo.com Muhdnor : Waalaikumussalam. Dia kata Nama Pasangan Pemohon / Penjaga 1 kan? Kalau dah kahwin, letak nama pasangan. Tapi sebab pilih relationship tu bapa kandung, segala maklumat tu isi berkaitan bapa. Nanti untuk pengaja 2, letak pula nama ibu. Giteeew. Maaf ye lambat.

Faea Jainan : Wasalam. Kalau ada niat nak buat pinjaman PTPTN, kena apply online. Sebab wang pendahuluan tu tak termasuk dalam pinjaman. Cuma masa nak bayar nanti, kalau ada apply ptptn, automatic akan tolak dari pinjaman kita. Katakanlah dapat pinjaman RM 15000, wang pendahuluan RM 1500, pinjaman yang kita dapat akan jadi RM 13500 sebab RM 1500 dah ditolak untuk bayar wang pendahuluan. Cara penoakan adalah RM 500 setiap sem.

Pendosa Tanpa Noktah : Wsalam. Bila dah tekan "YA", memang tak boleh edit dah. Melainkan kalau tekan "SIMPAN". Sebab kalau dah tekan "YA" tu ibarat dokumen kita isi tu semua lengkap dah. Dan akan diproses oleh PTPTN.

Anonymous : Wsalam. No matrik tu adalah student id. Kalau belum masuk belajar lagi, tinggalkan kosong dulu, dan tekan "SIMPAN". Nanti bila dah register masuk belajar, edit balik, masukkan student id tu. Tapi kalau dah register, masukkan terus je lah student id tu.
Unknown said…
Salam Nak tanye ni brpe lame dia pnye sedang di proses sya tggu nak dekat sebulan ni,Tkde pape pon???
Anonymous said…
Assalam kak, sya mau tanya. sy baru first time isi ptptn... yg pasal no acc sspn i tu kan samakah dgn no acc bank islam sy? maksud sya boleh kah saya letak no acc bamk islam saya?
Miyra Adrenalin said…
Raeko : Wsalam. Make sure check email ye. Sebab dia respond by email

Anonymous : Wsalam. No account sspn tak sama dengan account bank islam.
Anonymous said…
Salam nak tanya. Kena tunggu emai dulu kan baru boleh print apa apa dokumen? lepas tekan 'ya' takde apa apa borang yang kena print kan? sebab saya punya takde apa apa borang dia suruh print?
siti aleya said…
salam akak. Kalau belum ada stdnt id sbb blum dftr tinggalkan je dulu ruangan tu kan? Maksudnya kita dh boleh tekan ya untuk proceed hntr prmohonanan tu nanti ke? Atau kena simpan and tggu smpai dh dftr, bru isi no. stdnt id tu then bru bleh proceed hntr prmohonan tu? btw,kalau x print prmohonan tp smpan as pdf dlm fon je takpe ke? tq akak, sori byk tnye.
Anonymous said…
hye akak , saya nak tanya ni sy dah lengkapkan apa yang diminta. tpi still tulis status permohonan belum lengkap. kenapa ya?
1 – 200 of 220 Newer Newest