Nur Lembah Lenggong Eco Resort

Assalamualaikum and hi :)

Lama nya dah tak update blog ni. 

Takde laa busy pun, cuma takde modal nak membahan.

HAHAHAHA.


Oke, jom masuk tajuk.
So, baru-baru ni ada pergi Nur Lembah Lenggong Eco Resort.
Best beb. Pengalaman gilaaa.

Banyak-banyak kem yang saya pergi, yang ni paling best.
Mungkin sebab kitorang ambil package yang biasa-biasa je kot.
Takde laa macam kem jati diri tuu.
Kitorang pergi pun 2 hari 1 malam.

Nak dijadikan cerita, tak bawak pulak kasut sukaaaannn *tepukDahi*
Terpaksa laa pinjam kasut lecturer.
Nasib baik muat.
Hahaha.

So, kitorang start dengan ice breaking.
Biasa laa kan.

Pastu, terus gerak pi Flying Fox.
Last pergi Flying Fox masa PLKN.
Boleh tahan tinggi jugak laa.
Tapi kali ni tak setinggi PLKN dulu.
Tak tahu laa pasai paa depa tak naik sampai ataih tu.
Tapi bestt. Flying seberang sungai.

Get ready ....

Pastu en, lepas habis Flying Fox, kitorang kena lalu Jambatan penggugur Jantung.
Seram mak naakkk.
Mengucap dua tiga kali jugak lah jugak. Rasa lama gila jalan atas tu.


Habis Flying Fox, kitorang dirikan khemah.
Hmm kacang mat ronggeng jaa.
Petang pulak sambung explorace.

Penat nokk. Dah laa berbukit bukau.
Bergunung ganang.
Kitorang kena pergi checkpoint guna bearing.
Takde hal laa, PLKN pernah buat dulu.


Pastu, lepas asar kitorang ready untuk BBQ pulak.
And masa untuk makan malam.


Ni dekat kawasan khemah kitorang.

Lepas tu, masuk dewan jap. Sebab nak bentang logo kumpulan, baru laa start Night Walk.



Sebelum masuk hutan, jurulatih kata kitorang diletakkan sejauh 0.5 km.
Jauh beb. Semua muka dah cuak.
Kitorang pun masuk laa hutan tu.
Lepas duduk tu, dah letak belerang bagai semua, 0.5 km laa sangat.
Orang sebelah tidoq berdengkur pun boleh dengaq lagi tau dak.
Ada sorang member tu, duduk hujung jalan tu, dia kentut, pun boleh dengaq.
Siap boleh pas apam balik lagi.
Kau rasa?
0.5 km keee?
(*tergelak sendiri bila teringat balik*)

Oke, esok pagi kitorang ada aktiviti berakiiittttt.
Aktiviti yang ditunggu-tunggu.
Disebabkan ini adalah aktiviti ayaq, so kami nak tinggai phone dekat khemah.
So, tangkap gambaq dulu puaih-puaih dekat kem, baru gerak.



Kena angkat tube dengan buluh naik loghi. Takde hal laa bro.




Sebenaqnya, kami kena pi dekat tempat turun sungai tu naik bas.
Tapi bas kami dah balik Ipoh.
So, kami naik apaaa?

HAAAAAAAA.

Kami naik lori kepala sawit nokk.
Ataih jalan dok bising dengan kereta lain.
Jakun nokk.


Dah habis berakit, kitorang menapak sampai kem. Ingatkan jauh, rupanya belakang kem je.


Habis berakit, kitorang terus kemas-kemas, turunkan khemah, lunch and solat Zohor.
Pastu masuk barang dalam bas, and tidoooqqqq.

Anyway, semua ni pengalaman. Serious best.
Semua sporting. Semua enjoy. Ada yang tak puas.
Thank you, so much Nur Lembah Lenggong Eco Resort.
Layanan dari korang memang best.
Thanks also to En Azhar. Boekkk ahh.
See you next time, guys :)


Comments

Anonymous said…
Salam sis, nak tnye kem ni msih beroperasi ke? ade aktiviti cave exploration tak?
Miyra Adrenalin said…
Wsalam. Maaf lambat reply. Iye masih beroperasi. Erm, macam takde je. Sebab kem ni bersebelahan sungai. Tapi tak tahu lah kalau ada. Cuba contact mereka.