saya mangsa pukul ?

Assalamualaikum ...

ini kisah benar. pengalaman yang paling aku dengan member aku, Fara tak dapat lupakan. lepas ni aku akan berjaga-jaga kalau berjalan kaki untuk kemana sahaja.

okey. bismillahirrahmanirrahim ...

hari sabtu, aku kena pergi sekolah sebab ada kerja dekat library sekolah aku. pergi sekolah mak aku hantar. okey. selamat. balik sekolah, ingatkan nak suruh mak aku ambik. tapi dah kena warning awal-awal " balik jalan kaki ekk". hmmm. apa nak buat. tengah sibuk buat kerja kat library, dapat call dari member aku. dia ajak aku pergi lawat member aku yang tengah sakit. apendiks katanya. so, balik dari sekolah, aku bersama Fara pun pergi berdua ke rumah kawan aku tu. member kelas aku yang lain dah balik dah. sian aku. segan pun ada jugak.

masa untuk balik. aku try la call mak aku. boleh ambik ke tak. mak aku kata tak boleh. alih-alih aku yang kena marah. aku melawat je kot. bukannya berjoli. haihh !! sabar je lah. dalam perjalanan balik. kitorang terpaksa guna jalan yang agak sunyi. sebenarnya, jalan tu adalah jalan yang aku jarang lalu. sesiapa yang dekat dengan rumah aku, sure korang tahu kan court tennis? tempat ZENITH practise. bersebelahan rumah flat Seksyen 20. satu jalan dengan Masjid Ubudiyah. lepas jambatan nak masuk seksyen 20, ada dua orang lelaki naik motor. bawak cangkul dengan kayu. aku dah gerun dah. dalam hati berserah je lah. hanya Allah yang dapat membantu. dia pun berhenti. aku pun berhenti. disebabkan si Fara ni dah kedepan. aku pun follow. sebab aku tak nak dia jadi korban. then dia tanya alamat. aku selalu dengar cerita, KALAU JUMPA ORANG YANG TAK KENAL, JANGAN PANDANG MATA. nanti kena pukau. tapi, aku tak tahu aku nak jugak pandang mata dia. memang tak dapat kawal. aku terpaksa. then, dia keluarkan sehelai kertas. macam resit hardware yang hantar barang tu ...dia tanya...

" kat mana 19/1 *lebih kurangla*. dekat dengan surau Al Huda".
"jauh lagi ni bang"
"hahaha"
"kenapa kawan kamu gelak?"
aku terpaksa cover. " sebab jauh lagi dari sini."

aku pun tunjuk la arah yang sepatutnya, sambil melawan pandangan supaya tak tengok mata dia. lepas tu ada kereta lalu.

"okay la. terima kasih ye".
"sama-sama"
then, dia terus blah. *ye la. takkan nak tunggu aku sampai rumah baru nak blah*

Ya Allah. kau dah selamatkan aku daripada menjadi mangsa pukul. aku tidak mahu menjadi korban orang sebegini. Ya Allah. aku bersyukur sangat-sangat.

lepas je benda tu jadi, aku akan lebih berhati-hati time jalan kaki. sekarang sangat bahaya.

and aku rasa, orang tu bukanlah kaki pukul. maybe dia da kerja yang nak dibuat dengan cangkul and kayu tu. ada dua cangkul kot. cuma lepas ni aku akan berhati-hati lagi. sebab aku pernah bercakap besar " siapalah yang nak culik aku. buaknnya cantik pun aku ni. gemuk pulak tu". yess ini lah yang selalu aku cakapkan.

p/s : aku pergi sekolah and balik sekolah jalan kaki.

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments