Cara Beli no pin PTPTN
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Adik-adik, akak-akak, abang-abang masih confuse macam mana nak beli no pin PTPTN?
Meh saya bantu.
Setahu saya, ada dua cara.
PERTAMA : Beli melalui kaunter.
1. Tanya dekat pegawai yang jaga kaunter customer service tu kata :
"Abang, saya nak beli no pin PTPTN"
2. Isi borang yang diberi dan amik no giliran atau terus pergi kaunter khas.
3. Bagi borang tu dekat kaunter dan bayar. RM 5
Murah je. Tapi dapat pinjam RM 15000 ++
Nak bayar balik? Sendiri mau ingat lah.
KEDUA : Beli melalui mesin ATM
(make sure mesin ATM BSN SAHAJA)
1. Bila dah masukkan kad, no pin, bagai semua tu, pilih menu LAIN-LAIN
2. Pilih menu Beli no pin UPU/PTPTN
3. Pilih PTPTN
4. Masukkan no ic
5. Nanti ada keluar no ic dengan jumlah yang perlu dibayar. Pilih TERUSKAN
6. Tunggu resit keluar, dan akan dapat cenggini
7. Pastu boleh laa apply online PTPTN. Opss, make sure dah bukak akaun SSPN kay
SIAP :)
Comments
Terima kasih. Maaf kalau soalan belit2 heeee ✌
Izleen Rosdi : Boleh. Tapi sekiranya yayasan diterima, terus contact ptptn untuk proses pembatalan tau. Surat tawaran yayasan tu nanti kena sertakan sekali dalam proses pembatalan permohonan ptptn
Anonymous : Mungkin boleh guna semula account abang adik tu.
Rasanya no pin PTPTN takde beli secara online.