Cara Beli no pin PTPTN

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Adik-adik, akak-akak, abang-abang masih confuse macam mana nak beli no pin PTPTN?
Meh saya bantu.

Setahu saya, ada dua cara.

PERTAMA : Beli melalui kaunter.

1. Tanya dekat pegawai yang jaga kaunter customer service tu kata :
"Abang, saya nak beli no pin PTPTN"
2. Isi borang yang diberi dan amik no giliran atau terus pergi kaunter khas.
3. Bagi borang tu dekat kaunter dan bayar. RM 5

Murah je. Tapi dapat pinjam RM 15000 ++
Nak bayar balik? Sendiri mau ingat lah.

KEDUA : Beli melalui mesin ATM
(make sure mesin ATM BSN SAHAJA)

1. Bila dah masukkan kad, no pin, bagai semua tu, pilih menu LAIN-LAIN
2. Pilih menu Beli no pin UPU/PTPTN
3. Pilih PTPTN
4. Masukkan no ic
5. Nanti ada keluar no ic dengan jumlah yang perlu dibayar. Pilih TERUSKAN
6. Tunggu resit keluar, dan akan dapat cenggini


7. Pastu boleh laa apply online PTPTN. Opss, make sure dah bukak akaun SSPN kay

SIAP :)


Comments

Anonymous said…
Wajib bkak ke akaun sspn tu?
Anonymous said…
Kena ke akaun sspn tu
Anonymous said…
Wajibb.. klu takk, tak blh apply ptptn
Unknown said…
Memang kena taksilap saya
Anonymous said…
Kalu beli pin dulu, baru bukak akaun sspn. Boleh ke?
Miyra Adrenalin said…
Boleh. Rasanya no pin tu valid 6 bulan kot.
Anonymous said…
Kalau pakai kad bsn orang lain boleh tak? Eg: mak pnyer..
Miyra Adrenalin said…
Boleh. Yang penting no ic tu no ic awak, ogeh?
Anonymous said…
Boleh beli pin number untuk orang lain tak? Means nk beli dua
Miyra Adrenalin said…
Maaf ye lambat reply. Boleh je, yang.
Anonymous said…
nak tanya, kalau guna kad atm selain BSN boleh k ?
Miyra Adrenalin said…
Tak pasti. Cuba dulu. Kalau was-was, boleh buat dikaunter.
Anonymous said…
Assalamualaikum kak. Kalau kita beli no. pin through mesin ATM wajib guna card BSN ke? thanks :)
Miyra Adrenalin said…
Waalaikumussalam, dik. Akak pun tak pasti laa. Cuba dulu. kalau ada option "pembelian no id", boleh la tu kot.
Anonymous said…
Slmt tnghri kak..Adik nak tau..klau beli no pin ni utk dpt ptptn, then tak pyh Buat buku bank islam pun dpt juga eh nk mohon ptptn?
Miyra Adrenalin said…
Kena buka jgak dik. Kalau tak nanti, ptptn nak masukkan duit tu dekat mana pulak. Sebab ptptn hanya akan berurusan dengan bank yang ditentutkan oleh universiti sahaja.
Anonymous said…
Kalau guna kad debit bank islam boleh ke?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Boleh rasanya. Yang penting, guna ATM BSN.
Anonymous said…
Proses permohonan still sama jugak kan untuk tahun 2016?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Rasanya masih sama lagi.
Anonymous said…
Kak sy dah 2 sem terlepas nk mohon ptptn. Bole tak klau sy call ptptn untuk bg masa untuk saya mohon. Sbb sy baru tahu hri ni tarikh ttup permohonan and no ptptn xbeli lg
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Kalau tarikh tutup permohonan dah tutup, no pin ptptn pun tutup dik. tunggu next sem laa. Tak de laa banyak sangat nak kena bayar nanti. Yang penting tempoh pengajian kena lebih setahun. Tapi kalau dah terdesak sangat, cuba laa apply mana-mana biasiswa contoh macam yayasan negeri ke
Unknown said…
assalam,kalau nk mohon skrg blh lgi ke?
Miyra Adrenalin said…
Nur Syahira : Dengar cerita dah tutup dah. Cuba laa beli dekat mesin ATM. Kalau dah tutup, nanti akan keluar notice dekat screen tu.
Anonymous said…
salam nak tnya..sy daa beli no pin..cuma akaun sspn je belom bukak..then ad satu lagi..akaun cimb..kena bukak jgak ke?
Unknown said…
Assalammualaikum sis, saya akan sambung belajar pada bulan 9 nanti. Saya nak tanya, kalau saya apply PPBU dari Yayasan Bank Rakyat (keputusan tak keluar lagi), boleh tak saya apply PTPTN (back up) jugak just incase saya tak dapat PPBU?

Terima kasih. Maaf kalau soalan belit2 heeee ✌
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Lepas ni bukak akaun sspn dekat mana2 cawangan bank ogeh ? kalau uni adik, guna cimb, bukak cimb. macam akak, poli guna bank islam. So, akak bukak akaun bank islam

Izleen Rosdi : Boleh. Tapi sekiranya yayasan diterima, terus contact ptptn untuk proses pembatalan tau. Surat tawaran yayasan tu nanti kena sertakan sekali dalam proses pembatalan permohonan ptptn
Unknown said…
Salam macam mana nak apply PPBU tu ? Boleh briefing sikit
Miyra Adrenalin said…
Titanium : Boleh pergi ke laman web dia kot. Saya pun tak pasti
Anonymous said…
Boleh ke sekarang beli pin no ptptn
Anonymous said…
Nak tanya untuk akaun sspn tu. Kalau abang saya dah ada akaun sspn for ptptn, saya kena buka akaun sspn juga ke untuk ptptn? Sebab ada yang cakap, kalau abang dah ada, adik tak payah buka dah. Betul ke?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Untuk intake degree ye? Rasanya dah boleh
Anonymous : Mungkin boleh guna semula account abang adik tu.
Anonymous said…
assalamualaikum kak miyra., kwn sy tak dapat wpp., effect tak dgn dia punya pinjaman ptptn., sbb sistem tulis mak ayh tak dapat br1m sedangkan mak ayah dia dpt., mohon pencerahan., terima kasih., ☺😊
Anonymous said…
macam mana nak beli no pin ptptn secara online? ASAP and thanks
Miyra Adrenalin said…
Wsalam dik. WPP takde effect pun dengan pinjaman PTPTN. Kalau dia tak dapat, dia akan dapat duit cukup2 dengan apa yang sepatutnya dapat. Siapa yang dapat WPP, setiap kali duit masuk, duit akan ditolak untuk bayar balik semula pinjaman WPP. WPP tu sebenranya pinjaman kepada pelajar untuk mula-mula masuk. Kononnya nak bantu pelajar bayar yuran sebelum pinjaman PTPTN diluluskan

Rasanya no pin PTPTN takde beli secara online.
Unknown said…
akak...part kene print borang tu,adakah kene tunggu borang tu diluluskan dulu or lepas isi tu dah boleh print?
Miyra Adrenalin said…
Unknown: Lepas isi dah boleh print dah. Nanti lepas diluluskan ada borang lain pulak kena print.
Anonymous said…
Sy dh.key tp dia bila nk send dia.kata borng x lengkap
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Mungkin masih ada yang tertinggal.
Anonymous said…
Akak,bank dekat ipt sya tu,bank rakyat tapi sya buat akaun sspn-i guna bsn.sebab sya tak ade akaun bank rakyat.boleh ke mcm tu kak?
Miyra Adrenalin said…
Anonymous : Rasanya boleh. sebab bank ni sebagai agent je untuk SSPN je rasanya.
Unknown said…
Salam..saya pertama kali mohon..dekat ruangan NO PTPTN tu biarkan kosong je ke..t.ksh.
Miyra Adrenalin said…
MAHADI ISMAIL : Wasalam. Ruangan di mana tu? Slip bank tu ke? Biar kosong je.
Azmina said…
Kalau belum ada account sspn tu, boleh ke beli account bsn ?
Miyra Adrenalin said…
that animememin : Akaun sspn dengan akaun bsn benda yang berlainan.
Unknown said…
Nak tanya berapa harga no pin PTPTN
Miyra Adrenalin said…
Unknown : Dulu masa akak beli tak lebih dari RM 15. Lupa dah sebenaqnya.