Tuesday, December 20, 2011

"Awak, saya nak minta maaf"

Assalamualaikum ...

Hi korang. Ni ada cerita sedih ni. Haihh. Orang lain tengah berseronok, aku pulak terpaksa menahan sedih.

Lately ni, aku sering mimpi yang pelik-pelik laa. Aku tak tahu, apa maksud disebalik semua ini. Oh tidakk !!. Biasalah kan, time cuti ni, mesti la nak bercuti kan (Ada maknya tau ayat ni). Entah macam mana entah, aku boleh mimpi sorang member aku ni. Tak pernah-pernah tau aku mimpi pasal dia. Selalunya, orang kata, kalau kita mimpi seseorang, teruatamnya lelaki, kita ada hati dengan dia kan? Eh, tak mungkin kott. Dia ada girlfriend kot. Oh, oke. So Korang dah dapat agak, member yang aku mimpi tu LELAKI or PEREMPUAN.

Kebetulan aku ambil SPM tahun ni. So, kebanyakkan paper habis lambat dalam pukul 4.00pm or 4.30pm la kan. Satu hari tu, aku dengan tak semena-mena, aku pangil dia dengan perkataan "awak". Eh, kenapa doh? Then dia datang. Aku terkejut gila. Kepala dia berbungkus macam orang dah meninggal. Kalau orang meninggal, selalunya ikat dekat atas kepala kan? Ini tak, dia macam pakai tudung. Cuma tak letak kapas dalam hidung. Muka dia memang pucat. Then, aku boleh cakap dekat dia ...

"*****(Nama panggilan dia yang kitorang panggil), aku nak mintak maaf atas segala kesalahan aku. Aku tahu, aku banyak dosa dengan kau. Sorry kay."

Eh, tak pernah tau aku mintak maaf dengan lelaki secara depan-depan. Paling-paling pun dalam text or FB jer. Lepas aku kata macam tu, dia tersenyum.

And tadi (tidur lepas solat subuh), aku mimpikan dia sekali lagi. Siang-siang hari pun boleh mimpi. Aku pasang Radio ERA dekat Astro tu. Aku mimpi yang aku ada dekat konti tu dengan Ikha, member aku. Then, aku terjumpa dia. Kebetulan aku nak balik, aku nak tumpang dia. Sebab dia boleh bawak kereta. And, dia kata. "Okey, jom" Tapi, dia tak nak bawak kereta. Dia suruh orang lain bawak (member dia). So aku, Ikha dengan dia duduk dekat belakang. Aku tanya dia, kenapa tak nak bawak kereta? Dia senyap jer. tak lama tu dia mula bersuara.

"Ikha, tangkap gambar aku dengan Miyra. Aku nak buat kenangan."

Aku dengan member aku dah pelik dah. Apesal mamat ni? Pelik gila -,- Seingat aku, dia tak pernah mintak bergambar dua orang. Antara aku dengan dia. Dengan orang lain, dia pernah laa. Then dia kata ...

"Ikha, sekali lagi. Muka aku tak handsome la"

Yang si Ikha ni ikut je lah. Kang tak pasal-pasal kene turun tepi jalan pulak kan. Then, terus aku tersedar dari tidur.

Aku fikir balik. Apa semua ni? Kenapa aku boleh mintak maaf face to face dengan dia? Kenapa dia nak tangkap gambar dengan aku and nak jadikan kenangan pulak? Kenapa dia tak nak amik gambar dengan Ikha tu? Sampai sekarang, aku tertanya. And mungkin kebetulan la kot, dia dah SUKA MAIN LIKE-LIKE status orang. Biasanya dia selalu komen status orang. And, dia dah MEMANG TAK banyak cakap.

Note : Masih mencari alasan

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...