Komuniti Bestari "KRT SRI TUPAI"

Assalamualaikum ...

Hai readers .. Lama tak update blog taw. Dah rasa malas pun ada jugak. Kalau malas, baik tak payah buat blog kan? Hmm. Btw, ada cerita ni. Sabtu lepas punya cerita. Eh, lama tak lama. Janji ada entry baru. :)

Sabtu lepas, dekat kawasan rumah aku ada satu program yang melibatkan jiran-jiran dengan komuniti yang lain. Korang tahu apa makna KRT? stand for Kawasan Rukun Tetangga. Oke, kawasan perumahan aku ada join satu pertandingan "Komuniti Bestari". So, sabtu lepas tu, panel juri datang untuk nilai aktiviti kitorang laa dekat Dataran Tupai Seksyen 20. Walaupun tak ramai, tetap best. Sebab, benda ni bukan program besar-besaran. Ini just nak sambut kehadiran panel juri jer. Macam biasa, waktu pagi, mesti ada senamrobik.




Lepas senamrobik, kitorang tunggu la juri tu datang Dataran 20. Sementara tu, pengursi kitorang ada bagi sikit penerangan tentang KRT SRI TUPAI dekat kitorang. Mana la tahu, juri tu tanya kitorang pulak kan.




Tak lama lepas tu, panel juri pun datang. Oh, oke. Debaran makin kencang :)



Lepas habis je sesi soal jawab, diaorang pun apa lagi. Ronda-ronda la kawasan Dataran tu. Nak tengok pokok Mahkota Dewa katanya. Korang nak tengok jugak?


 Inilah dia pokok Mahkota Dewa :)


Katanya, pokok ni boleh sembuhkan cancer, gout, kencing manis and so on lahh. Senang jer. Caranya, rebus daun pokok tu, then minum. Sebenarnya, sama macam teh. The, diorang ada laa bawak balik 2 3 pokok tu. Satu pokok RM 10. Boleh tanam dekat pasu atau pun tanah. Kalau dekat tanah lagi cantik. Pokok ni boleh tumbuh setinggi 3 meter. Siapa nak? Roger-roger gua :) *InsyaAllah ada lagi pokok tu*

And, before balik, AJK KRT ada bergambar dengan semua panel juri tu. Hmm, nak jugak. Tak pe, buat kenangan katanya. Boleh masuk buletin KRT kan kan kan?



Kalau korang nak tahu lagi lanjut pasal pokok Mahkota Dewa ni, click sini oke :)

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments