cara membuat bingkai gambar atau frame picture

Assalamualaikum ...

harini, aku nak buat tutorial. bukan berkaitan dengan blog or facebook or whatever lah. its about our creativity. ecehh. jadi cikgu seni la pulok. sebenarnya, aku nak jadikan as a give to my friend. tapi, takut dia tak terima la pulak. sebab buat sendiri kan. tapi, kalau hati ikhlas, semua boleh jadi.

oke-oke. lets begin. hari ni, kita buat bingkai gambar. tak payah nak beli kat luar bagai. mahal kan. so, kita guna barang-barang yang tak guna.

first thing first, kita perlukan ...


1. gunting
2. gam
3. kotak
4. pensil
5. pembaris
6. pisau
7. gam
8. double foam tape/double tape 
9. kertas warna

1. first, ukur kotak yang hendak dipotong mengikut saiz gambar. sebelum potong, lebihkan setengah inci di setiap sisi. kemudian potong. buat 2 keping.


2. ada 2 keping kotak bersaiz empat segi sekarang. nampak tak garisan dekat atas kotak tu? oke, gunakan pisau, dan potong kotak tu mengikut garisan. lagi sekeping, jangan potong. itu untuk belakang frame nanti. akan jadi macam ni ...


3. ambil double foam tape *sahaja, sebab tebal* letak kan di kanan, kiri dan bawah kotak yang dipotong tengah. atas jangan. nanti nak masukkan gambar. kalau korang rasa double foam tape tu tak cukup tebal, lapiskan double foam tape tu menjadi dua lapis. kemudian, tampalkan bersama kepingan kotak yang satu lagi.

4. lepas tu, korang boleh ambil kertas warna mengikut warna kesukaan korang, potong setengah inci untuk menutup bahagian tepi kotak. ingat, bahagian ATAS JANGAN TAMPAL. kalau boleh, setengah inci tu, lebihkan sikit. dan tampalkan disekeliling. untuk bahagian belakang, ukur kertas warna mengikut saiz frame tersebut, dan tampalkan di bahagian belakang.

5. setiap frame mesti ada stand kan? untuk stand, potong kotak mengikut saiz yang korang suka, jangan kecik sangat, jangan besar sangat. kalau boleh bentuk empat segi jugak la.


6. bahagi kotak tersebut kepada dua bahagian. kemudian, gunakan pisau untuk memotong bahagian. tapi, jangan potong sampai putus, potong sikit jer untuk bengkok kan kotak tersebut seperti ini ...



7. balut stand tersebut dan tampalkan dibahagian belakang. pastikan centre. kalau tak, frame korang tak stable pulak.


8. untuk hiasan, korang boleh gunakan kreativiti korang. aku nak buat rumput dengan bentuk bulat. so, ambil kertas warna, potong mengikut bentuk rumput dan bentuk bulat dan tampalkan pada bingkai gambar. seperti ini ...





9. nampak kosong kan? korang boleh la tulis apa-apa yang korang nak. atau boleh tambah hiasan. aku nak tambah love untuk letak dekat bahagian atas. sebab nampak kosong. potong bentuk love dan tampal.



cop. korang boleh tukar-tukar gambar. letak lah gambar apa yang korang nak.

selamat berjaya

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments

Anonymous said…
Tk fhm lh.tk jls sgt.tk bleh ke akak buat video..sng dn jls skit nk nmpk..agk kbur skit.maaf diats komen yg tlh dibri.
Miyra Adrenalin said…
Erm, nak buat video, kena cari balik bahan-bahan ni. Sebab ni post lama. Maaf ye. tak pun, cuba search dekat youtube. Mungkin ada orang buat.