Bahasa jepun Part 1

Assalamualaikum ...

hari ni, aku sekolah. macam biasa. pergi sekolah pun macam biasa. then masuk kelas. aku bercadang nak buat onar dalam kelas. bhaha. jahat tak aku? tap tap tap !! cikgu datang...

"berapa orang dalam kelas"
"3 orang"
"jom..jom ikut cikgu"
"pergi mana?" *buat-buat tak tahu*
"pergi bilik exora. ikut sekali kursus bahasa jepun."
"alaa, sampai petang kan cikgu? pukul 5?"
"takpa, nanti, cikgu cuba bincang dengan penceramah tu. cuba buat sampai pukul 2"

cikgu pun pergi class by class. aku pun melangakah dengan tak bermaya ke bilik exora. nasib baik dapat MAKAN free. haha.

firstly, pengenalan pasal Jepun.

aku tak tau la ni seliper siapa...

disebabkan aku dipaksa, aku tak la berapa kisah. ye la, nak tolong cikgu habiskan MAKANAN !! *cikgu yang kata* aku pun pergi la. tapi, best. walaupun agak memboringkan., at least, aku dapat ilmu an? dari aku buat onar dalam kelas.
Panduan mempelajari Bahasa Jepun
PERMULAAN 
* belajar sebutan asas dan bunyi bahasa Jepun
SELEPAS ITU
* belajar Hiragana dan Katakana (jenis tulisan)
KEMUDIAN
* belajar Kanji
PERKATAAN YANG PERLU BELAJAR
* perkataan yang akan biasa guna kelak

Vokal
a - Anak
i - Ibu
u - Urut
e - Esok
o - obor
(menyebut huruf mengikut sebutan perkataan)

terdapat dua jenis tulisan. yang pertama HIRAGANA, dan yang kedua KATAKANA. Bentuk tulisan lain, tetapi sebutan sama.

bentuk tulisan Hiragana

bentuk tulisan Katakana
cuba korang translate name korang dalam tulisan Jepun. mesti boleh punya. kalau tak ada suku kata yang sama, gunakan perkataan yang hampir sama sebutannya. atau korang boleh gabungkan dengan huruf tunggal yang ada dekat barisan yang paling atas dalam setiap table. ingat, kalau hendak menyambungkan huruf tersebut, pastikan tulis dalam font yang lebih kecil. alaa. macam korang tulis kuasa dua dalam math or addmath. contoh, korang nak tulis 6 kuasa dua. cam ne korang tulis? 2 tu korang letak atas kan? tapi, untuk yang ini, korang letak bawah. dengan font yang kecik.

contoh ayat
* Neko desu - Itu adalah kucing
* Uma desu - Itu adalah kuda
* Ari desu - Saya ialah Ali
note : sebut "desu" sebagai "des". orang jepun tidak bolah sebut huruf L. sebab tu dari Ali, jadi Ari.
* Neko dewa arimasen -  Itu bukan kucing
* Uma dewa arimasen - Itu bukan kuda
* Ari san dewa arimasen - Ini bukan Encik Ali
note : "san" bermaksud encik dan cik. untuk jadikan ayat negatif, hanya tambah dewa arimasen.
contoh : buku bermaksud hon. "hon dewa arimase - bermaksud, "itu bukan buku".
* Neko desu ka? - Itu kucingkah?
* Uma desu ka? - Itu kudakah?
* Ari san desu ka? - Ini Encik Alikah?
note : sebut "desu" sebagai "des". untuk ayat tanya, hanya tambah "ka" dihujung ayat.
contoh : hon desu ka? - Ini bukukah?

* Neko desu ka? - Itu kucingkah?
* Hait, neko desu. - Ya, itu kucing
* iie, neko dewa arimasen - Tidak, itu bukan kucing
note : sebut "desu" sebagai "des". Hait bermaksud ya. iie bermaksud tidak. untuk ayat negatif, hanya tambah dewa arimasen.

* Kero wa nan desu ka? - Apakah itu?
* Neko desu - Ini kucing
note : Neko bermaksud kucung. Uma bermaksud kuda. bertanyakan sesuatu menggunakan "nan desu ka" sambil menunjukkak ke arah objek. sebut "desu" sebagai "des". membawa maksud "apakah itu?"

* Watashi wa Miyra desu - Saya adalah Miyra
* Shahir desu - Saya Shahir
note : memperkenalkan diri dengan menggunakan struktur ayat "watashi wa". "watashi" bermaksud saya. "wa" merupakan artikel yang merujuk pada subjek dalam ayat.

* Onamae wa nan desu ka? - Siapakah nama awak?
* Watashi wa Miyra desu - Saya adalah Miyra
* Faizal Tahir desu - Saya Faizal Tahir
note : menanyakan nama seseorang menggunakan ayat "onamae wa nan desu ka", membawa maksud "Siapakah nama awak?". "namae" bermaksud "nama"

* Dare no neko desu ka? - Siapakah punya kucing ini?
* Watashi no neko desu - Saya punya kucing
* Hassan san no neko desu - Encik Hassan punya kucing
note : menanyakan pemilikan sesuatu objek menggunakan ayat "dare no desu ka". maksudnya, "siapa punyakah ...". "dare" bermaksud siapa. "no" merupakan partikel pemilik kepada sesuatu objek.

sumber : Seminar Pengenalan Kursus Bahasa Jepun dan Peluang-peluang Kerjaya dalam Program Dasar Pandang Ke Timur untuk Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seluruh Malaysia anjuran Yayasan Pelajaran MARA oleh Encik Muhamad Nadzrin Syaaban.

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments