Selamat tinggal Bie ..

sampai di sini sahaja hubungan kita. I harap, you boleh jaga diri dekat sana oke. *I tahu, you tak pandai uruskan diri sendiri*. hubungan kita di larang oleh keluarga I. I sedih sangat you. I terpaksa memilih keluarga I dari you walaupun I sayang sangat kat you. you selalu ajak I bergambar bersama. tapi I tak nak. tapi, bila you eksiden, I sibuk nak ambik gambar you. tapi, you masam je. I rindu dengan you.

you nak tahu tak, pagi tadi, sebelum I pergi sekolah, I sempat intai you. I menangis. I tak sanggup nak berpisah dengan you. I nak sangat you hantar I pergi sekolah buat kali terakhir. Tapi, you touching dengan I. Im so sorry you. I tak berniat nak menduakan hati you *maneadedua*. sekarang, I tak tahu you dekat mane. you, mata I belum hilang lebam sebab nangis, papa dah ada calon pengganti untuk I. I still nak dengan you. I tak puas jalan-jalan dengan you. sebab, masa I sibuk dengan sekolah. hanya yang mampu I lakukan, I boleh tengok gambar you dekat facebook I jer. itupun, time you sakit. I nak jumpe you. I miss you laa.

I terkejut. bila I balik dari sekolah, you ada dekat depan rumah. you tak takut dengan papa ker? I tahu, you sanggup buat apa je untuk I kan?. then, you pergi tanpa beri tahu I. I nak jumpe you. tapi you tak ada. I sedih sangat. I lari masuk bilik. teringatkan you. agak-agak you tengah buat apa sekarang? you, jangan nakal-nakal. jangan menyusahkan orang lain. I risau dengan you. sebab you tak boleh jaga diri dengan sempurna.

disaat I menulis entry ini, air mata I still mengalir teringatkan you. tapi, I ada dengar kata orang, "kalau kita sayang dengan sesuatu benda, kita harus lepaskan. itu adalah lebih baik.". tapi, I boleh lepaskan you ker? mungkin lama-lama boleh kot. tapi, I akan selalu teringat dekat you tatkala I membuka account social network I. I sedih you. selalunya, kalau I sedih, time macam ni, you akan ada disamping I untuk menenangkan I. sekarang, siapa yang nak temankan I? I keseorangan. btw I nak bagi you kata-kata terakhir. jangan menyusahkan orang oke. itu yang paling penting. berbakti untuk tuan you.

korang... sedih tak ceritera cinta aku? :( sedih sangat ... bye bye bie ... jaga diri !!!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

korang fikir apa? mengenangkan nasib aku? hmm. tak pe laa. kalau ada rezeki, kita boleh jumpe yang lebih baik. tapi, aku rasa korang patut tahu hal yang sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

aku sedang BERCERITA tentang KERETA aku oke. bukan balak or pakwe or "ayang" or "bie" and so on.


sian dia. time eksiden, baru la sibuk nak amik gambar. time elok, aku biarkan jer kat luar kene hujan and panas. selalunya, kalau hujan, kereta ni akan berbunyi. sensitif pulak dengan bunyi. tapi, petang tadi hujan, langsung tak dengar bunyi. rindu la jugak sebab dah pasang angan-angan, kalau dapat lesen, aku nak sorong dia ke hulu ke hilir.tapi, apakan daya.

miyra :) smile alwayz !!

Comments