Thursday, March 22, 2012

PLKN - Derma Darah

Assalamualaikum ...

Program yang paling aku tunggu-tunggu, akhirnya datang jugak.
Yeayy !! Derma darah..
Eeee, seram tak? Tak kan?
Chillax.
Disebabkan aku tak pernah nak menderma darah, buat kali pertamanya aku nak derma darah dekat kem.
Aku langsung tak takut apa-apa pun.
Mungkin sebab excited kot.
Lepas dah isi borang, terus check darah.
Aku darah B+. And aku layak untuk menderma.
Ada jugak yang tak layak derma walaupun berat badan melebihi 45kg.
Sebab, kurang air dalam darah lah, kurang zat besi lah.
Kebetulan, malam sebelum derma darah, wira dorm 1 kalau tak silap, kene injection.
Sebab badan-gatal-gatal "katanya".
Terus reject niat nak derma. Kesian pun ada jugak.
Bila orang tanya kenapa tak lepas, dioarang kata rambut tak cukup panjang.
Ngahaha. Ye la, budak lelaki dekat kem kan botak. :)

Time check tekanan darah, doktor tu tanya macam-macam.
Ada ambik ubat tak sebelum ni, tidur cukup ke tak, dah sarapan ke belum.
Then, aku tanya doktor tu, kalau resdung boleh derma ker?
Doktor tu kata boleh. Perghh, happy gila.

Masa yang ditunggu-tunggu.
Jarum datang menyucuk ku. Bhaha !!
Oh, btw aku kena derma 3 bag.
Haha, terkejut tak? Bukan lah tiga bag penuh tu.
Derma satu bag jer. Nanti dibahagi 3.
Mula-mula aku pun terkejut jugak. Sampai 3 bag kena derma.
Lebih kurang 450ml darah aku derma.

Sementara nak tunggu darah tu berhenti, sampai tertidur-tidur aku dekat atas kerusi tu.
Bila dah siap, aku dapat air 100+, Milo, Oat Krunch dengan Roti Pandan.
Dengan pil ye kawan-kawan. Tak habis pun ubat tu.

Then lapor dekat cikgu, bagi IC, dapat sijil. Yeayy !!
Akhirnya, aku berjaya menderma darah.
Ada budak dorm aku, darah tak berhenti-henti keluar.
Sampai lencun baju dengan darah.
Ada pulak, yang salah cucuk, katanya salur darah kecik.
Lama-lama, darah tu keluar tapi dekat dalam. Dah macam lebam dah.
Kiranya, pendarahan dalam lah. Bengkak kot. Menangis-nangis budak tu.
Selalu kata tangan lenguh. Tapi, dah oke dah sekarang.
At least, aku ada jugak pengalaman menderma. Thanks PLKN. :*






 zzzz ...





daa readers

miyra :) smile alwayz !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...