PLKN - Menembak di Kem Sungai Besi.

Assalamualaikum ...

Hai korang.
Akhirnya habis jugak aku dekat PLKN tu kan.
PLKN ni tak lah teruk mana sebenarnya.
Fikiran kita jer yang kata teruk sebab korang dengar cerita dari orang.
Langsung tak rasainya sendiri.
Aku dah laluinya, best kot.
Rasa macam dihargai + bangga.
Mana taknya, kemana kitorang pergi, semua orang tengok.
Dah macam artis kot :)
 Memanglah sekali-sekala nasib kita "kurang baik" sikit.
Kena lari padang kawad lah, pumping lah.
Itu normal kot.
Bila dah lama-lama buat, dah lali dah semua tu.

Aku nak cerita sikitlah aktiviti yang ada dekat PLKN ni.
Secara random tau.
Salah satunya pergi menembak.
Kitorang pergi menembak dekat Kem Sungai Besi.
Saat nak masuk dalam kem ni aku menitiskan airmata aku.
Sebab apa? Sebab kat situ jugak lah rumah pakcik aku.
Tapi, kejap jer. Acah-acah rindu :)
Nak kata takut menembak tu tak lah.
Biasa jer, rileks je beb.
Tapi, ada jugak yang menangis bila dah pegang senjata M16.
Ada yang hidung berdarah. haihh!! Macam-macam lah.
Sorang dapat 20 butir peluru HIDUP. Jangan main-main. Peluru hidup tu.
Tapi, bila dah tembak, kejap je habis. Rasanya, macam tak sampai 20 butir pun.

 sebelum latihan, mesti kene dengar taklimat.

 dekat Lapang Sasar B Kem Sungai Besi.

 TEMBAKKKK !!!

 menunggu giliran detail :)

 taklimat terakhir sebelum pergi menembak.

 ada gaya tak? ;)

 lepas menembak, lapar. Apa lagi, MAKAN !!!

sampai tertidur-tidur ...

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments