PLKN - Majlis Penutup (Passing Out)

Assalamualaikum ...

Huhu, aktiviti terakhir sebelum berambus dari PLKN.
Majlis Penutup Kump 1 Siri 9/2012
Sedih gila. Dah tak dapat lepad dekat padang kawad, dewan makan, tak dapat tengok movie ramai-ramai dekat dewan taklimat, karaoke sama-sama, solat jemaah dekat surau and banyak lagi lah.
Time majlis penutup ni, ibu bapa boleh datang tengok kitorang berkawad.
Disebabkan hari tu hari Jumaat, so tak ramai yang datang.
1st sebab hari kerja, 2nd sebab nak solat Jumaat.
Takut tak sempat. Hari terakhir jugak untuk aku pakai full loreng bersama beret.
Masa untuk baling beret setinggi yang boleh!!
Bila KJ (Ketua Jurulatih)  Zamri suruh pegang beret, rasa macam best je nak baling beret tu.
Yelah, akhirnya lepas jugak dari PLKN.
Bila KJ counting 1, 2, 3!!
Kitorang terus baling beret, tak semena-mena terus menangis.
Cari member dorm aku, peluk ramai-ramai. Terutama budak Sabah & Sarawak.
Sebab esoknya, budak Sandakan dah balik. Pukul 3 pagi pulak tu.
Tangkap gambar sambil menangis.
Peluk cikgu ketat-ketat. Time ni cikgu tak de lah menangis.
Tapi bila time budak Shah Alam balik, haa!! nampak permainannya.
Bila dah peluk, langsung tak nak lepas.
Gambar ada banyak. Disebabkan memory phone rosak,
tiada lagi memory untuk ku letak di dalam blog.
Tengok lah macam mana nanti. Mana tahu tetiba elok ker kan.
Cuma ni jer yang sempat aku amik dari FB member-member aku.








Tamat sudah latihan dekat PLKN.
Banyak kenangan tercipta dekat sana.
Kem PLKN Paya Indah memang best.
Memang mula-mula menyumpah-nyumpah PLKN ni.
Tapi, bila dah habis baru korang tahu betapa seronok gila masuk sini.
PLKN bukan berasaskan ketenteraan kay.
So, tak lasak sangat.

Sampai sini jer coretan PLKN aku.
Mungkin lepas ni kalau ada gambar-gambar yang aku tertinggal, I'll post later kay.
Miss Kem PLKN Paya Indah so much.

sumber gambar : google

sumber gambar : google

sumber gambar : google

sumber gambar : google

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments