PLKN - Khidmat Komuniti (Kampung Olak Lempit)

Assalamualaikum ...

Korang pernah dengar cerita tak yang budak PLKN kene buat gotong royong?
Such as, cat rumah laa, potong rumput la and bla bla bla.
Yess !! Aku pun kena buat benda yang sama.
Perasaan malas tu memang ada.
Tehee :) Tapi, rasa best pun ada jugak sebab benda tu buat dengan member.
Sambil buat, sambil main, sambil gelak.
Choiyy ...
Tengah syok-syok mengemas balai raya, tiba-tiba ...

Cikgu, ada ular!!

Dah, semua orang terkejut. Tak de lah besar mana pun.
Kitorang jumpa ular dekat tempat timbunan sampah yang dah dibakar.
Tengah cangkul-cangkul, tertarik pulak satu benda pelik. Rupanya ular.
Tengah bergulung lagi tu. Mesti buat sarang kat situ.
Lepas ada budak jumpa ular, kitorang dikumpulkan dekat satu tempat.
Nasib baik tak ramai. Cuma dalam 40 orang jer yang ada kat situ.
Yang lain bersihkan tempat lain lah. Ada tadika, rumah orang tua, surau and so on.
Cikgu pulak terus call bomba. Dalam 7-8 minit, bomba sampai.
Perghh, abang bomba pegang ular dengan tangan jer, bawak masuk track bomba tu.
Tak letak dalam karung pun. Yang terbaik, diorang ambik masa 1 minit 23 saat jer nak tangkap ular tu.
Yang kitorang, terkedu jer. Bila ular tu dah di tangkap, kitorang terus lari dekat abang-abang bomba tu, buat "tepuk-tepuk terima kasih".

Habis jer scene ular, kitorang main Kelopak Jantung.
Cikgu pun layan jer kitorang. Sebenarnya dah tak nak buat kerja dah.
Lagipun, masa dah time :)
Ada lah dalam 3-4 round main kelopak jantung sementara tunggu budak-budak lain datang.






daa readers

miyra :) smile alwayz !!

Comments