Tuesday, March 20, 2012

PLKN - Malam 1001 Kenangan

Assalamualaikum ...

Beberapa hari sebelum majlis penutup, kitorang ada buat malam jamuan terkahir
Malam 1001 Kenangan.
Memang banyak kenangan yang tercipta.
Bersama dormmates, cikgu-cikgu, makcik kedai and makcik kantin.
Haritu, makan  malam kitorang Nasi goreng, Coleslow, Hotdog, Chicken Chop bersama sos lada hitam, Tapai and Ice Cream.
Oh, ada lagi. Air sunkist + sirap AIS!
Terbaik. Selama ni bagi minum air suam jer.
Macam-macam ada. Ada cabutan bertuah, hadiah misteri dari TKL, KJ and Komanden.
Pastu, time ni lah Cikgu favorite aku a.k.a Cikgu Sharimie tunjuk bakat!!
Wahh, layan rock kapak siot!
Jiwang pun sama weyh .. Menyanyi baik punya!
Best jugak suara cikgu.
Ingatkan pandai menengking jer. Tehee :)

acara pembukaan. Komanden bakar mercun papan okeh.

Lepas acara pembukaan, ada bacaan doa. Lepas Bacaan doa, makanlah !!
Time makan tulah cikgu menyanyi. Mula-mula solo.
Tak lama tu, ajak geng nyanyi sekali.
Cikgu Razief pon join.
Pun salah satu cikgu fav aku.
Seriously, ingatkan pandai menengking jer.
Menyanyi pun boleh maa.



oh, lupa nak bagi tahu. cikgu nyanyi dengan life band kot. Terrrrrbaekk!! :)

Masa TKL (Timbalan Komanden Latihan) nyanyi lagi pop ye yeh, KJ dengan Kodson bukan main berjoget.
Diam-diam ubi berisi rupanya ayah-ayah aku ni ...



And ada satu lagi acara.
Aku sendiri mula-mula tak tahu itu acara apa.
Tiba-tiba Cikgu Sharimie dengan Cikgu Zureen panggul nama pelatih.
So, aku decide nak tangkap gambar dengan cikgu dorm aku.
Sebab aku tahu, aku tak terlibat apa-apa pun.
Tengah ready nak snap, tiba-tiba nama aku kena panggil.
Ada lagi 3 orang budak dorm aku pun kena panggil.
Cikgu Sharimie kata nama yang dipanggil ni tak lepas bleep test.
Eheh, memang aku tak lepas pun. :)
Cikgu suruh kitorang buat bleep test malam tu jugak.
Gila lah, dah la pakai baju kurung, then nak lari lagi. Erghh, tolonglah faham.
Tiba-tiba, cikgu suruh ramai-ramai nyanyi lagu "Happy Birthday" dekat kitorang.
Beserta life band oke. Terharu gilaa!!


Aku cover lah tak nak nangis, koz dah ada budak yang menangis.
Sampai dekat meja makan, terus macam air terjun airmata aku keluar!
Terharuu ... Sekali seumur hidup PLKN sambut hari jadi aku.
Tahun ni, 2 kali aku sambut hari jadi.
Thanks cikgu-cikgu Kem PLKN Paya Indah. Love you.

note : Ada budak ni baru belajar main gitar, then dia nyanyi lagu Happy Birthday dekat aku. So sweet. Even tak berapa nak best, sebab macam lari kod sikit, its okay lah :) Thanks Faaiz. *ustaz*

daa readers

miyra :) smile alwayz !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...